KUALA LUMPUR - Sepasang kekasih yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit mati dalam sebuah kereta di Bukit Puchong pukul 1 petang tadi akibat terhidu gas beracun dari alat penghawa dingin.
 
Seorang jurucakap polis berkata, mayat lelaki berusia 32 tahun dan teman wanitanya berusia 26 tahun ditemui oleh ayah si lelaki tersebut dalam kereta yang diletakkan di dalam bengkel milik mangsa.
 
"Ayah lelaki tersebut terdengar bunyi enjin dan radio yang terpasang di dalam bengkel dan mengesyaki sesuautu yang mencurigakan membawa kepada penemuan kedua-dua mayat," kata jurucakap itu.
 
Kedua-dua mereka dikatakan sudah berkahwin dan sedang berhadapan masalah rumah tangga dengan pasangan masing-masing.
 
Ketua Polis Subang Jaya ACP Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. - Bernama

Pasangan Kekasih Rentung Dalam Kebakaran
KLANG: Sepasang kekasih ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah bilik di tingkat dua sebuah rumah kedai di Jalan Hulubalang, Taman Desa Ablelink di sini, awal pagi Jumaat. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Andalas Zulkepli Othman berkata Chua Keh Siong, 40, dan Seh Pei Kim, 34, dipercayai mati akibat menghidu asap berlebihan.
Beliau berkata jabatan bomba menerima panggilan pada kira-kira 6.14 pagi dan mengerahkan 15 anggota dari Balai Bomba Taman Seri Andalas dan Kota Raja ke tempat kejadian dalam masa 12 minit.
"Bagaimanapun, semasa pasukan kami tiba, api di bilik tidur tingkat dua di bangunan rumah kedai empat tingkat itu sudah tidak marak lagi.
"Selepas api dapat dikawal sepenuhnya kira-kira 6.46 pagi, kami jumpa dua mayat yang terletak kira-kira satu meter antara satu sama lain di atas lantai," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, Jumaat. Siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai bermula di bahagian bilik tidur rumah kedai itu, yang menempatkan tiga bilik secara keseluruhan dan punca serta jumlah kerugian sedang disiasat.
Zulkepli berkata forensik bomba turut menjumpai sebuah tong dipercayai mengandungi bahan bakar di bilik pasangan itu.
Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat.
Sementara itu, seorang jiran pasangan itu, yang enggan dikenali, berkata beliau terkejut dari tidur setelah mendengar bunyi letupan kuat dari bilik pasangan itu lalu memaklumkan kejadian itu kepada bomba.-BERNAMA
Aduhai kekasih..kerana cinta, gunung yang tinggi sanggup ku daki, lautan api sanggup ku renangi.Demi cintaku padamu,sanggupku sehidup dan semati denganmu. Kepada yang Islam ingat-ingatlah..cinta kepada manusia hanya sementara..cinta kepada Allah ,Rasul dan Islam pasti ada tidak sia-sia. Jangan kamu berdua-duaan kerana syaitan akan berada diantara kamu.