06 April, 2012

janda oohh janda


Coli, seluar dalam jadi bahan bukti kuatkan dakwaan
WARTAWAN SINAR HARIAN
5 April 2012
KAMPUNG PAYA – Tindakan seorang janda membawa pulang teman lelaki untuk memadu asmara ketika ahli keluarga yang lain tiada di rumah membawa padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa.
Berikutan itu, serbuan dilakukan pihak polis kira-kira jam 10.30 pagi di rumahnya dekat sini 16 Februari lalu membawa kepada penangkapan pasangan terbabit.
Hasil pemeriksaan, teman lelakinya didapati berada di dalam sebuah bilik dalam keadaan bertuala bersama janda berusia 20-an itu yang hanya memakai tuala dan baju T.
Penemuan coli wanita, seluar dalam, seluar pendek paras lutut dipercayai milik janda terbabit dan baju serta seluar milik teman lelakinya yang dijadikan bahan bukti menguatkan dakwaan bahawa mereka melakukan perbuatan yang disifatkan sebagai persediaan melakukan persetubuhan.
Akhirnya, pasangan yang turut disahkan positif dadah apabila ujian saringan air kencing dilakukan selepas serbuan terbabit dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi kelmarin atas tuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.
Kedua-duanya apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah memilih untuk membuat pengakuan bersalah sebelum masing-masing dijatuhkan hukuman denda RM2,500 atau dua bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.
Pendakwaan dilakukan Pendakwaraya Syarie Nor Hakimah Awang manakala tertuduh lelaki berusia 23 yang berasal dari Kampung Che Lijah dan pasangannya, 24, tahun dari Jalan Lembah tidak diwakili peguam.
Nenek dicekup khalwat
WARTAWAN SINAR HARIAN
6 April 2012
DUNGUN, Terengganu – Tindakan seorang janda melewati usia lebih separuh abad yang kerap kali membawa pulang teman lelaki untuk memadu asmara di rumahnya pada waktu tengah malam membawa padah apabila perbuatan sumbang itu berjaya dihidu pasukan rondaan kampung.

Dalam kejadian terbaru awal pagi kelmarin, perbuatan sumbang wanita yang sudah memiliki cucu itu terbongkar setelah dia ditahan sepasukan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan ahli Helang Recreation Club (HRC) ketika berada berdua-duaan di rumah milik janda tersebut.

Difahamkan ketika serbuan dilakukan bersama pegawai penguat kuasa syariah itu, anak wanita terbabit dikatakan keluar rumah dan kesempatan itu digunakannya untuk membawa pulang teman lelaki yang mempunyai jarak usia yang jauh berbeza dengannya.

Wanita berusia 55 tahun bersama teman lelakinya, 33, berasal dari Ketengah Jaya itu difahamkan pernah ditahan sebelum ini oleh penguat kuasa syariah kerana berkelakuan tidak sopan pada waktu lewat malam di pantai berdekatan.

Mereka akan menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 31 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda