02 April, 2012

pemimpin umno(baru) otak ubi kentang ? kalau..

'Undi Pas masuk syurga janji kosong'

Wartawan Sinar Harian
1 April 2012

Jamil Khir
kalau undi umnooo..opss silap..undi dacing..hangpa boleh masuk pwtc
  
YAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, masuk syurga hanya dijanjikan oleh ALLAH swt kepada manusia yang beriman dan bertakwa dan tidak pernah dijanjikan kepada manusia yang menyokong parti politik tertentu.

"Syurga ini bukan milik manusia tetapi milik ALLAH," kata beliau kepada pemberita selepas majlis Ceramah Politik Semasa di Kampung Selengkoh di sini malam tadi.

Oleh yang demikian, katanya, kenyataan kononnya sesiapa memberi sokongan dan mengundi Pas akan masuk syurga hanya satu janji kosong yang dilakukan semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.

Dipetik Bernama, Jamil Khir berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini bahawa Pas tetap dengan pendirian meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan aspek syurga apabila seseorang itu menyokong parti tersebut ketika pilihan raya.

Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas tetap dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya.

Ketika menjawab kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang dikeluarkan sehari sebelum itu pada Wacana Sinar Harian,  Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu mempelajari agama terdahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Tiap-tiap orang yang bercakap soal Islam dia akan sebut soal syurga dan neraka, dia (Datuk Abd Rahman) kena ingat, bercakap ini ada soal pahala dan dosa, jangan cakap sembarangan,” kata Nik Abdul Aziz.

Abd Rahman mendakwa Pas melakukan rasuah politik paling tinggi dengan menjanjikan syurga kepada pengundi...

Pak Menteri ni tau mana pula bahawa janji itu hanya janji kosong,sedangkan dia sendiri yang kata "masuk syurga hanya dijanjikan oleh ALLAH swt kepada manusia yang beriman dan bertakwa.." dan juga "Syurga ini bukan milik manusia tetapi milik ALLAH,"? Jadi dalam hal Syurga dan Neraka hasil dari segala niat dan perbuatan manusia nak diletakkan dimana oleh pula Umno(Baru) dan Be End ?
Adakah Niat dan Perbuatan ini pula boleh dikecualikan dari Syurga & Neraka dalam hal yang berkaitan dengan pendirian politik ?
Bagaimana pula nak ditafsirkan IMAN dan TAQWA itu ? Apakah IMAN dan TAQWA ini juga boleh dikecualikan jika bercakap tentang POLITIK ?
Jika PAS dikatakan melakukan rasuah politik yang paling tinggi seperti yang diperakui sendiri oleh pemimpin melayumnoo,maka aku amat berbangga kerana Umno(baru) dan Be End hanya mampu melakukan rasuah ditahap yang paling rendah..low class..kerana mereka hanya mampu menawarkan rasuah berbentuk fizikal..duit..bangunan..kereta...lembu..kain ..beras..gula...buku...notebook..minyak masak dan berbagai lagi yang hanya boleh dilihat dan disentuh atau rasa. Rasuah ini juga membuktikan bahawa tahap pemikiran pemimpin Umno(baru) Be End masih jauh dibelakang PAS kerana tidak mampu melihat sesuatu yang tidak dapat dirasa atau dilihat sekarang ini. Bukti yang menunjukkan bahwa tahap pemikiran pemimpin umno be end ini jauh ketinggalan adalah apabila sering bercakap " Jika PAS memerintah,rakyat akan makan ubi kayu seperti zaman Jepun" dan banyak lagi contoh perkara-perkara keperitan hidup yang berlaku dizaman silam dibawakan keminda rakyat seolah-olah dewasa ini semua rakyat tidak pernah merasa ubi kayu...Oiii ubi kayu lebih mahal dari ubi kentang laa..Kalau nak tanam ubi kayu mudah je...tak payah dok TEBAS pun..lempar saja batang ubi kayu ditepi atau belakang rumah..insyaAllah akan tumbuh dan berubi juga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...