09 April, 2012

pilihan raya Mesir; calon ikhwan mungkin tersingkir


16 orang sahkan bertanding rebut jawatan Presiden Mesir

KAHERAH: Pendaftaran bagi pencalonan pilihan raya pertama presiden selepas kebangkitan di Mesir ditutup semalam, selepas dilanda pelbagai krisis yang mengubah senario politik negara itu pada saat akhir. 

Seramai 16 orang berdaftar setakat ini, berharap untuk mengetuai negara dengan paling ramai penduduk di dunia Arab itu, berikutan kebangkitan yang menumbangkan presiden Hosni Mubarak tahun lalu.

Calon berkenaan termasuk bekas ketua Liga Arab, Amr Mussa; pendakwah ultra konservatif, Hazem Abu Ismail; calon Ikhwan Muslimin, Khairat El-Shater dan perdana menteri terakhir Mubarak, Ahmed Shafiq.Bekas ketua perisik, Omar Suleiman, wakil dari rejim Mubarak dan dilihat sebagai hampir dengan pemerintah tentera juga mendaftar walaupun lewat. Proses pendaftaran sendiri dipenuhi pelbagai isu. 

Abu Ismail, dikenali sebagai tokoh anti Amerika Syarikat didapati mempunyai seorang ibu yang memegang pasport Amerika Syarikat, menyebabkan beliau tidak layak dalam pertandingan itu. 

Undang-undang pilihan raya presiden menyebut bahawa semua calon perlu dilahirkan ibu bapa dari Mesir yang tidak pernah memegang mana-mana kerakyatan negara lain. 
Ikhwan Muslimin yang berulang kali berikrar untuk tidak menghantar calon menguba pendirian dengan meletakkan Shater tetapi akhirnya mendapati beliau juga mungkin disingkirkan. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda