22 Mei, 2012

simbol kapal selamnya manee ?


SPR Perkenal Simbol Baru
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkenalkan 30 simbol yang lebih 'moden dan mesra' untuk dipilih dan digunakan oleh calon-calon bebas pada pilihan raya akan datang.
Suruhanjaya itu hanya mengekalkan tujuh daripada 20 pilihan simbol sedia ada.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pengenalan 23 simbol baru itu memenuhi kriteria agar ia lebih moden dan mesra.
Antara simbol yang digugurkan daripada senarai ialah kepala harimau, gunting, kasut, paip rokok, payung, ayam jantan, basikal, bas, traktor, mesin taip, layang-layang dan kelapa sawit.
"Kami gugurkan simbol-simbol tertentu kerana ia membawa konotasi negatif.
"Harimau mewakili maksud garang, kasut pula kelihatan kotor manakala gunting digunakan dalam peribahasa Melayu iaitu gunting dalam lipatan," katanya, sambil menambah simbol paip digugurkan kerana merokok membahayakan kesihatan.
Menurut beliau simbol basikal, traktor dan mesin taip digugurkan kerana mengikut peredaran zaman.
Sementara itu menurutnya simbol payung pula digugurkan kerana tidak adil untuk menghalang orang ramai membawa payung pada hari pengundian.
Simbol baru yang diperkenalkan ialah arnab, udang, burung, gajah, kuda, cincin, tali leher, dan cermin mata.
Simbol lain ialah beg, kemeja, motosikal, kereta, sampan, gelas, cawan, meja, rumah, televisyen, pen, bunga, cangkul dan pokok bagi menggantikan kelapa sawit.
Simbol lama yang dikekalkan dengan sedikit pembaharuan ialah buku, ikan, jam loceng, kerusi, kapal terbang, telefon dan kunci.
"Kita telah modenkan simbol telefon daripada jenis yang perlu didail kepada butang serta sejambak kunci kepada hanya satu kunci," kata Wan Ahmad.
Sementara itu Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata calon bebas perlu memilih simbol-simbol yang digazetkan suruhanjaya itu.
"Kami tidak benarkan mereka menggunakan simbol yang dicipta sendiri," katanya.
Setakat nak modenkan simbol ni..elok le..tu pun selepas lebih 50 tahun baru nak terfikir kot..Tapi macamana dengan tuntutan rakyat seperti yang dibuat melalui BERSIH..tak nak bagi nampak moden sama kaa...Aku dok cari simbol yang lebih moden macam KAPAL SELAM,BADAK,KATAK,KAD KREDIT SERTA KONDO. Simbol apa pun hangpa nak boh aku tak ambil kisah le..Aku ABU Be End aku pangkah je.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda