PRU 12 dulu gempaq dengan tindakan Maimun Yusuf, 93, atau Tok Mun yang masuk bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Kawsan Kuala Terengganu.
Kini berhasrat nak bertanding lagi dalam PRU 13 nanti.
La ni,dia dok kalut nak cari sapa yang sudi nak jadi pencadang dan penyokong beliau disamping dana untuk beliau masuk bertanding kali ni.
Wah...gempaq sempoi ni..boleh dimasukkan dalam catatan buku rekod yg ada dalam negara ni.
Masa PRU 12 yang lalu, Tok Mun bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu menentang calon Barisan Nasional (BN), Allahyarham Datuk Razali Ismail dan calon Pas, Mohamad Sabu tetapi mendapat undi sebanyak 685 sahaja.
Tok Mun kata..
“Tiada orang mahu menjadi penyokong dan pencadang sebab ramai yang sokong dacing (Barisan Nasional) sekarang ini,”“Tok kalau masuk tanding mungkin akan hutang dengan sesiapa sahaja. Hutang dengan orang ini sikit, orang itu sikit,”
“Tiada orang mahu menjadi penyokong dan pencadang sebab ramai yang sokong dacing (Barisan Nasional) sekarang ini,”“Tok kalau masuk tanding mungkin akan hutang dengan sesiapa sahaja. Hutang dengan orang ini sikit, orang itu sikit,”
Pasai apa Tok Mun nak bertanding ni..
beliau menjawab kerana amanah untuk mempertahankan tanah air dan Islam.
Aku cadangkan kat Tok Mun ni..kalau nak bertanding kali ni,elok pi bertanding di Kawasan Parlimen Pekan tu,rasanya kali ni pasti boleh dapat undi lebih lagi.
Tahniah la Tok Mun atas semangat dan niat tu...tapi kalau boleh menyusahkan diri lebih baik sokong PAS sudah la.
Apa pun..aku rasa semangat Tok Mun ni boleh menjadi satu tamparan bagi sesetengah gulungan yang menganggap pilih mana-mana parti pun sama saja..Baik Tok Mun pula yang mempunyai aspirasi sendiri. Naik basikal dengan naik kereta tentu berlainan,walaupun kedua-duanya dikategorikan sebagai kenderaan.
TEBAS le minda..fikir-fikirkan dan berilah keputusan yang terbaik untuk Islam.
Bagi aku..ABU je aku akan sokong masa
PRU 13 nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda