18 September, 2012

Himpunan Bukan Budaya Kita....?


Hari ni aku himpun lagi berita bab ni.
Pusat khidmat Gerakan dibaling telur, air kopi

Pusat khidmat Gerakan dibaling telur, air kopi


Kesan percikan air kopi dan telur pada pintu depan 
pusat khidmat Gerakan di Pulau Tikus.
GEORGETOWN - Selepas tiga pusat khidmat DAP termasuk Wisma DAP yang terletak di Jalan Rangoon disimbah cat merah lima hari lalu, kini pusat khidmat parti Gerakan di Pulau Tikus pula menjadi sasaran.

Namun pusat khidmat berkenaan itu bukan disimbah dengan cat sebaliknya dibaling dengan telur dan air kopi.
Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan berkata, kejadian seumpama itu kini  telah menjadi trend keganasan politik dan beliau percaya apa yang berlaku terhadap pusat khidmatnya awal pagi semalam bermotifkan politik.
Dr Teng berkata, tindakan nakal pihak tidak bertanggungjawab ini perlu dihentikan segera kerana ia akan mengundang rasa tidak tenteram dalam kalangan rakyat..
YDP Pas jadi mangsa khianat

PEKAN - Kejadian pecah cermin kereta selama dua hari berturut-turut di rumah Yang Dipertua Pas Kawasan Pekan menyebabkan beliau mengalami kerugian hampir RM2,000.
YDP Pas jadi mangsa khianatMangsa, Abu Kassim Manaf berkata, kejadian pertama melibatkan kereta Proton Persona milik anak saudaranya yang dibaling tukul pada malam Jumaat lalu sebelum diikuti kejadian baling batu yang berlaku awal pagi kelmarin.

Menurutnya, kejadian pertama hanya disedari selepas mereka sekeluarga bangun pada pagi Sabtu dan melihat sebilah tukul berada dalam kereta disyaki dibaling suspek ketika dia sekeluarga sedang nyenyak tidur...
“Laporan polis dibuat pada Sabtu dan saya tidak menyangka kejadian sama berulang apabila cermin belakang kereta Kia Spectra milik saya pula menjadi mangsa.

“Kejadian berlaku pada awal pagi Sabtu iaitu kira-kira jam 1.10 pagi di mana saya dan lapan ahli keluarga lain sedang tidur namun dikejutkan bunyi kuat di bahagian dinding hadapan rumah,” katanya kepada Sinar Harian.

Abu Kassim berkata, berikutan bunyi kuat itu dia dan anaknya bergegas keluar rumah sebelum melihat kelibat seorang lelaki melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal dalam gelap....

Bendera BN kena bakar lagi

Bendera BN kena bakar lagi

Pimpinan BN Pengkalan Chepa menunjukkan
sebahagian bendera BN yang hangus dibakar pihak tidak bertanggungjawab.

KOTA BHARU - Bukan sekali! Malah lima kali, bendera Barisan Nasional (BN) yang dipacakkan di tepi jambatan Kampung Beris Jambu, Chekok di Pengkalan Chepa, di sini dirosakkan, malah dalam kejadian terbaru, kelmarin, sebanyak 135 bendera terbabit turut dibakar.

Perbuatan itu disyaki, dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pimpinan kawasan berkenaan, mengalami kerugian hampir RM5,000 akibat kejadian itu.
Penyelaras Dun Chempaka, Zarina Md Eusope berkata, perbuatan terbabit menunjukkan pelakunya, tidak mempunyai etika dan takut pada bayang-bayang parti sehingga sanggup merosakkan bendera pihak lawan.
“Sepatutnya, golongan terbabit berfikir sebelum melakukan perbuatan itu kerana ia menunjukkan sikap yang kurang matang dan bertindak mengikut perasaan....Berita penuh kat sini le.( Bukan nak promote )
Ramai akan kata "Bukan Budaya Kita". Kesimpulan yang aku buat mudah je..Ni Budaya Umngok Be End..Dah lama depa ajar rakyat hingga sanggup bunuh sama sendiri seperti kes di N9 dulu. Entah bila le minda kita akan merdeka...makin di TEBAS makin menjadi semak pula. Kalau dibubuh racun pun tak elok pula untuk alam sekitar..jadi kena biar bagi bertambah semak kot..maka bertambah HIJAU le alam ni. Apa pun hanya dengan Islam le jalan penyelesaiannya. Nak tau macamana ? pakat-pakat buka Al-Quran kat rumah dan baca dan fahamkannya...jika tak faham atau bengap sangat,kena le pakat-pakat pi ngaji atau dengar kuliah-kuliah agama ditempat masing-masing.
Kalau pi ngaji pun jangan le bawa telinga saja..kena bawa mulut sama untuk bertanya..baru le boleh TEBAS minda dan hati masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda