25 Mac, 2013

pasai calon :pemuda umno kubang pasu #*@+$%-?

Sambil dok pekena rojak buah depan Agro Bank, Alor Setaq, jumpa la pula sorang dua yang dah lama tak bergebang dengan depa. Dekat-dekat pilihan raya ni tentu sekali tajuk utamanya politik semasa..Jolok mai jolok pi bab calon, terkeluar la kisah pencalonan di Kubang Pasu…la tak habeh lagi rupanya. Hari tu dengar tentang calon Parlimen…hari ni dengaq tentang calon dun Bukit Kayu Hitam pula…nasib..nasib.


Alkisah tentang pencalonan ni nampak berbelit macam bakal calon parlimen juga. "gitulah umno" jawab sorang tu. PAS cara PAS..umno cara umno..takut semua terlepas..yang kenyang orang yang buat don noo..kata sorang lagi.

Ni..kisah dun Bukit Kayu Hitam..cantik punya pusing…Penyandang yang dok ada,depa nak upgrade konon..hantar pi untuk bertanding di parlimen Jerlun supaya Dato' Ahmad Zaini dok kelupoq dengan Chop Usima..Mukhriz mana ?..Depa kata pi bagi tanding di dun Ayer Hitam…bakal mb..hang tau ka..kalau kalah.senyum lebaq la puak Jerlun dan Kubang Pasu...kalau menang pun belum tentu boleh perintah Kedah..kerana walaupun kami umno...tapi pangkah masa mengundi ABCD sambil gelak sakan. 

fullamak...
Nama yang dok ada la ni, Ahmad Zaini dikira out walaupun bahagian setuju kata sorang tu. Sebab kononnya ramai yang dok minta Naib Ketua Bahagian jadi calon…nak bagi peluang kat dia pula..La ni pun Zulfitri Yaacob dah dok jalan merata ceruk atas nama SU kepada Timbalan Menteri dia. Tapi puak SU Bahagian pun bukan calang-calang…depa pun dok melobi dan keliling bahagian sakan la ni…depa nak Dato' depa tu jadi calon juga..sapa yang tak kenai Dato' Shamsudin Ahmad kata depa.. Tambah pula pengundi tentera pun dah bertambah di bukit ni...makin karan la.

Kata depa lagi…dalam puak-puak tu semua dok melobi sampai ke Putrajaya…timbul pula kacang hantu ditengah-tengah nama calon yang dok ada tu. Kali ni lagi cempera…dah yang dulu-dulu mai dari benua nuu…nama calon parlimen pun ada juga puak tu…ni entah mai mana nak bagi kat pompuan pula..yang dok buat kerja tu pimpinan bahagian juga…depa minta bubuh nama Basirah Mydin sama walaupun tak pernah dengar namanya di Kedah ni. 

Basirah ni katanya calon import dari umno bahagian Tasek Gelugor,
Seberang Prai....hebat tang mana pun tak tau dia ni..macam dah tak dak wanita atau puteri di Kubang Pasu atau bukit ni…Wanita bahagian dah mula sinting lengan..puteri pula dah mula pasang body...yang lagi teruk adalah pemuda bahagian..bagai naik sawan.

Dah la nama bakal calon dari pemuda pun tak dak..tup tup depa nak import ...pompuan pula tu..Mana nak letak t**** kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda