03 Mei, 2013

orang sibuk nak mengundi..depa sibuk nak pi rombongan

Hanya tinggal beberapa jam lagi...tempoh kempen PRU 13 ini. Para calon dan
parti bertanding semakin aktif bertemu pengundi bari meraih simpati dan undi.

Berbagai laporan diterima tentang tindakan parti-parti politik yang bertanding.

Ada laporan yang menyatakan ramai pendatang sudah mendarat di lapangan-lapangan terbang..entah betul atau tidak...aku kurang pasti. Tetapi ada juga gambar-gambar yang diambil di airport dimuatnaik ke berbagai laman web.

Ada juga laporan menyatakan calon tak berani keluar rumah dah, kerana takut kepada penyokong sendiri yang dikelentongnya.

Ada laporan yang menyatakan pihak SPR berusaha membawa keluar kertas undi awal yang telah diadakan pada 30 April lalu dari tempat simpanan yang sepatutnya...Wah...semakin aggresif nampaknya...atau semakin tertekan ?

Terkini, dalam dok sibuk nak pastikan semua pengundi keluar mengundi pada 5 Mei nanti, ada cerita menarik juga dikalangan para penyokong PAS dan PR.

Are you ready to Putrajaya ?...Rupanya jawapan yang nak diberi semakin bertambah yakin bahawa PR akan mengambilalih di Putrajaya. Mengundi belum lagi...tapi aku dengar rombongan ke Putrajaya sudah diatur...

Waduh..waduh...ada yang sudah menyewa bas untuk bertolak ke Putrajaya pada petang 5 Mei 2013 sebaik saja tempoh pengundian tamat..Depa kata nak sambut kemenangan rakyat di sana.

Mungkin harapan akan menjadi Kenyataan..kerana rakyat sudah bangkit untuk Undi Pakatan.
PAKATAN HARAPAN RAKYAT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...