08 Disember, 2013

aku pun boleh jadi menteri

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan bahawa 71 peratus
elleeehh...bukan semua yg kena terutama aku
pengguna tidak akan terjejas dengan kenaikan harga tarif elektrik yang diumumkan minggu lalu.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memerlukan RM6 bilion setahun untuk pelaburan.

"71 peratus pengguna tidak dikenakan kenaikan ini, sebaliknya hanya 30 peratus domestik industri dan komersial sahaja.

"Kita perlu lakukan kenaikan tarif ini kerana jika tidak ia akan menjejaskan keupayaan TNB, tetapi kita nak pastikan rakyat teramai tidak terjejas, " katanya pada sidang media selepas selesai membuat ucapan penggulungan semperna Perhimpunan Agung Umno 2013, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai rungutan orang ramai yang menyifatkan kenaikan tarif elektrik itu sebagai membebankan berikutan tindakan kerajaan menarik subsidi gula dan petrol.

Najib berkata, kenaikan itu sudah lama tidak dilakukan, apa yang diputus itu memerlukan komitmen kerajaan.

"Kenaikan ini bagi menjamin kewangan negara yang lebih kukuh. Bagaimanapun kami mendengar keluhan rakyat sebab itu Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) ditambah.

"Kerajaan perlukan kekuatan fiskal dan perkara ini tidak dapat dielak," katanya.

Terdahulu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili mengumumkan tarif elektrik baru yang akan berkuat kuasa Januari 2014 bagi Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dengan kenaikan itu, sekali gus menjadikan kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan naik sebanyak 4.99 sen bagi satu kilowatt (KWJ) atau 14.89 peratus daripada kadar purata semasa daripada 33.54sen/kWj kepada 38.53 sen/kWj.

Bagi Sabah dan Labuan, purata tarif elektrik akan naik sebanyak 5.0 sen setiap kWj atau 16.9 peratus daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen

Difahamkan Sarawak tidak akan terjejas dengan kadar terbaru yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 itu.


Hangpa banding sendiri la..
kalau dinaikkan..bertambah le untung

belum naik..dah untung gini.
hangpa dok bayaq banyak mana sebulan ?
 
Hangpa kerja kuat-kuat..lepas tu bayaq mahal-mahal...senang la kerajaan sapu hak hangpa yang jadi rakyat...aku pun rakyat juga..tapi gomen bayaq semua yang aku guna...padan muka hangpa...sapa suruh hangpa dok jadi bodohh macam lembu..Kami tak payah pikiaq banyak-banyak dah,macamana nak bagi ekonomi negara meningkat...pelabur masuk mai..buka kilang,kami bagi pengecualian cukai selama 5 tahun jee..hangpa kerja sebagai operator kilang je..sampai le borang LHDN...

hehhehe....BAYAQ...BAYAQ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda