10 Jun, 2008

PECAT..SANUSI JUNID ...IKUT SUKA AKU.

Hari ini 10 JUn 2008, satu berita dlm Utusan Melayu,agak menarik untuk dihalusi. Tajuk Berita di ms 2,SANUSI DIPECAT.
Tan Sri Sanusi Junid telah dipecat sebagai Presiden UIAM mulai 2 Jun 2008 dan digantikan oleh Tan Sri Mohd Sidek Hassan walaupun kontrak beliau akan tamat pada tahun 2010.Antara punca pemecatan Sanusi adalah angkara beliau telah keluar dari Umno mengikuti langkah TDM..Menarik sekali kes ini.
Kalau berlaku pemecatan Jawatan mana-mana orang umno dinegeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat tentu menjadi tajuk utama surat habaq ni dan hebohnya pula berbulan dengan kemungkinan tajuk PAS/PKR Amalkan Budaya Balas Dendam.Itulah yang sering berlaku di Malaysia sejak sekian lama diperintah oleh umno be end.

Di Kedah,semasa mula PAS dapat power,sibuk diseluruh Kedah orang umno pindahkan peralatan TADIKA,kononnya TADIKA akan dirampas oleh PAS.Tapi yang berlaku tak seperti dihebohkan.Orang umno ni takutkan bayang-bayang yang dibuatnya sendiri.Sebab itulah berlaku perkara begini.Pecat sapa saja yang sehaluan dengan umno..biarpun orang tu otak nya cerdik,pandai penuh dengan kreativiti dan inovasi.

Di Kedah, kalau diteliti masih ramai orang-orang besar yang jaga kepentingan Kedah berotak umno.Kalau nak diikutkan depa nii boleh dipecat segera,tapi masih dikekalkan jawatan mereka.Nak bagi peluang kpd mereka memperbetulkan kesilapan lalu dan bukan kerana tiada orang PAS yang hebat dalam perbagai bidang.Bila diberi peluang ni..tak berubah juga..masih jadi ular yang pagut tak kira siapa...bersedialah untuk dipecat.La ni mai pakat pecat umno....be end.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda