Pilihanraya Umum ke 12 baru-baru ini berlangsungnya persaingan parti-parti politik untuk merebut kerusi..Kerusi DUN dan kerusi Dewan Rakyat (Parlimen). Perebutan ini bukannya apa sangat,semuanya kerana POWER....mau power...dapat power dan akhirnya aku power. Yang menang diucapkan tahniah, yang kalah pula diucapkan jangan gelabah..umur panjang cuba lagi.
Ooooo power..semuanya rebut power. Ada power baru boleh laksanakan apa yang diperjuangkan. Bagi parti-parti untuk laksanakan dasar perjuangan parti masing-masing. Bagi individu untuk dapatkan apa yang diperjuangkan samada dasar parti atau dasar hati.
Bila ada power semuanya boleh dilakukan..bila hilang power semuanya nak dilakukan juga untuk dapatkan power.itulah kita yang dipanggil manusia.
Be end hilang lagi power di empat negeri: Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. PAS Kekal lagi di Kelantan.Itulah power rakyat yang sudah mula tunjuk power kepada orang politik..
Di Kedah PAS menjadi teraju utama Power Kerajaan Kedah...Tahniah..PKR pula tumpang tuah biarpun kebanyakan calon yang diketengahkan kurang layak untuk dijadikan Orang Besar...Itulah Power Allah..diberiNya power pada siapa yang dikehendaki dan ditarikNya power dari siapa yang dikehendakiNya..Allah Maha Power.
Be end yang hilang power di Kedah biarpun masih lagi mendapat 14 kerusi, dengan umno pelakon utamanya. La ni oghang Kedah dok perhati teraju kerajaan baru..nak buat apa untuk rakyat Kedah..Ramai yang masih tak tau tentang pembaharuan yang sedang dilakukan...kerana harga barang naik....beras naik, dan macam-macam lagi harga naik...Lepas ni saham rakyat pun naik dek kerana yang hilang power dan yang dapat power berlumba-lumba mencari pengaruh untuk dapatkan power dan kekalkan power. Pandai-pandai la oghang Kedah guna power...jangan tersilap bagi power sudahlah..
Umno makin kalut nak ambil balik power di Kedah. Ada oghang cerita depa dok terpa sana,terpa sini dok mancing ADUN PAS dan PKR...haii itu le kerja depa...janji dapat power. dalam umno Kedah pula dok sibuk nak dapat power juga antara depa..Tok Det junior tu masih nak kekal jadi Pengerusi Perhubungan...Johari Baharom pula terkial-kial cari pengaruh...Tok Syed Kuala Nerang dok main belakang Tok Det junior. TDM pula dah keluar umno.. Oo0ooo umno pakat gila power...jangan ahli umno jadi sasaran sudahlah..tapi aku takut Rimau sama Singa berperang kancil juga yang diterkam.
Bila sudah berperang ni,bukan depa nak apa dah.janji aku dapat power.Nak harap oghang tengah payah le.Dulu ada TDM depa kata baguih juga,boleh jaga semua yang dok gila power nii. La ni TDM dah cabut siong sendiri dari umno,dia cuba pacak diluar umno pula.Nanti semua dia tokak tak kira umno atau PAS/PKR.Yang selamat DAP...tapi lama mana dia boleh khonyeh..Umur sudah lanjut..masa makin suntuk..tenaga tentu makin kurang.Mukhriz pula kot yang nak sambung kerja..Apa pun jangan tertikam bibir sendiri sudahlah.
Ohhhh....power. semuanya gila power..TAPI INGAT...hanya ALLAH YANG MAHA POWER.
04 Jun, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Cuba tanam anggur masa pandemik ni...boleh juga merasa..nak tanam banyak pokok tak ada tempat...janji dapat kepuasan....hangpa pun boleh cub...
-
Hari ni terasa nak tulis secara ringkas tentang sejarah bagi negara ini, khususnya bagi negeri Kedah yang serata-rata yang terkenal dengan j...
-
Hari ini tanggal 30 April 2013 merupakan hari bagi Pengundian Awal PRU 13. Hari ini juga menjadi sejarah didalam pilihan raya kita dengan p...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda