04 Jun, 2008

SUDAH NAIK..BILA MAU TURUN..

Be end sudah naik tahta kerajaan Malaysia lepas PRU 12 yang lalu..sudah 50 tahun lebih be end berkuasa.Tapi power be end hanya tinggal dibeberapa negeri saja lagi.Walau apa pun be end tetap mempunyai power pemerintahan Malaysia.

Kebiasaan bagi be end lepas menang pru BN..jadi Barang Naik...sekarang beras sudah naik harga..macam aku kata dalam artikel yang awal. Malam ini jam 12.01 minit harga minyak bertambah naik...nasib kita rakyat Malaysia,ada minyak harga mahal macam dinegeri oghang lain yang tida minyak.Minyak di Thailand kata depa harga lebih mahal dari kita....tapi depa tak bagi tau yang grade minyak di Thailand lebih baik dari grade minyak di negara kita. Apa pun harga tetap naik...kalau tiada minyak macamana nak ujudkan power kenderaan kita.Celaka sungguh pemimpin yang hanya fikir pasaran barang dan minyak kena ikut pasaran antarabangsa.

Dalam sibuk harga minyak naik..kita kena berwaspada.Berbagai anasir anasir akan tiba kerana politik be end yang makin celaru. Depa nak kekalkan power,apa saja akan dilakukan..kemungkinan akan diwujudkan rusuhan untuk menunjukkan ketenteraman awam sudah tiada,maka akan di kuatpowerkan Perintah Berkurung.Maka depa akan mencengkam rakyat dengan lebih lagi..AWAS..AWAS...AWAS PROVOKASI ejen rejim be end.Jangan kita cepat melatah..tapi kita kena tuntut depa menyerahkan power kepada oghang yang boleh mentadbir dengan lebih baik lagi..yang menawarkan perkhidmatan untuk rakyat seluruhnya...kerana Allah memerintahkan kita berbuat demikian.

Hoiii...sudah naik bila mau turun....turun Pak Lah turun be end...Bulan naik..naik..naik dan terus mengambang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda