03 November, 2009

Kecelaruan Minda...

Sudah lama tak menulis nii..sibuk jee bab pilihan raya kecik sana sinun..Ada kalanya seronok ..tapi cemuih juga...apa pun tak kisah lee..tuntutan demokrasi.
Ada org kata perabeh duit rakyat,ada yg tak kisah pun.Nak buat camno hak individu dan juga termaktub dlm perlembagaan negara. Apa pun kehidupan mesti diteruskan, susah senang negara kita juga.
La ni sibuk satu Malaysia dok cakap tentang perpaduan terutama kerjasama perpaduan antara umno dgn PAS. Heboh bagai nak pecah perahu..berdegung-degung bagaikan kena gempa bumi. Haru sungguh rakyat Malaysia bila diamati. Apa tak nya..org dah kata TUTUP PINTU dok sibuk juga jolok...semuanya atas kepentingan politik.. Piii EEmm kata semalam ' umno ikhlas dan bukan bermotif politik... leh caya ke. Bagi aku ia hanya strategik politik je..nak alih pandangan rakyat satu Malaysia ni dari dok bercakap bab masalah rasuah,salah guna kuasa, perbalahan dalam parti-parti kroni umno dan bab Belanjawan yg baru dibentangkan.
Nasihat aku kpd org PAS agar jgn dok terpengaruh dgn media yg ada. dapatkan penjelasan dari pimpinan di Kawasan masing-masing. Jangan dok melatah tak tentu kalu. Kepada org umno pun kena pikiaq juga..pasai pa ramai org PAS tak mau lagi bercakap tentang kerajaan perpaduan ni..Tengok habeh-habeh apa yg dibuat oleh pemimpin umno dan org kuat umno ditempat masing-masing..baru le boleh nak cakap apa pun.
Nak berpadu pun kena tengok juga untung ruginya..macam syarikat perniagaan juga..kalau nak bergabung dengan mana-mana syarikat tentu dinilai juga bab keuntungan masing-masing..bukan sekadar bab keuntungan dlm hal perniaagan secara umum saja. Tambahan pula ni bab perpaduan ummah dan negara..La ni masyarakat kita tak berpadu ke ? Tak juga kan.masih boleh hidup dlm keadaan harmoni.yg dok bercelaru parti umno dan kroninya aje. yang dok buat celaru dlm negara..kalau diamati angkara umno dan be enddnya..melanggar berbagai etika dan peraturan yg ada.
Apa pun kita kena la melihat dengan matahati berpandukan juga kitab Al-Quran dan hadis yang ada bagi umat Islam.Jangan dok pakai hentam ikut suka aku je...JANGAN BIARKAN BERLAKUNYA KECELARUAN MINDA kita angkara fahaman yg dibawa oleh mereka yg dipanggil pemimpin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda