11 November, 2009

MANA MINDA MERDEKA

Aku ingin merujuk kepada satu penulisan bertajuk KCS Kedah merajuk, Pusat pergilah pujuk... yg disiarkan oleh Utusan Melayu dlm ruangan Cuit ( Rabu 11 November 2009).

Bagi mereka yang suka berfikir ia merupakan satu persoalan yg agak mudah difahami dan diatasi walaupun perkara ini telah lama berlaku didalam negara. Penulisan ini juga mendedahkan hakikat yg sedang berlaku dlm negara nan SATU ini, yg dipimpin oleh umno dan be end sejak merdeka.
Apa nak herankan tentang sikap dan tindakan yg diambil oleh kerajaan Pusat dalam hal ini. Semuanya kerana survival politik umno be end. Ia tidak menunjukkan sikap profesional para pemimpin negara (umno/bn) yang menganggap seolah-olah dunia ini ana yg punya...org lain tak boleh perintah Malaysia nanti susah rakyat dan negara. Inilah yang dikatakan kecelaruan minda pemimpin umno sejak dulu hingga kini, ditambah lagi dengan sokongan kakitangan kerajaan yang telah terdidik dengan sistem pemerintahan umno/bn ini.

Pegawai-pegawai KCS itu kini berada dalam kecelaruan. Hubungan mereka dengan kerajaan Pusat telah terputus. Mereka semacam anak ayam kehilangan ibu. Masing-masing merasakan mereka sudah mulai terpinggir?

Perlu diingat peranan pegawai-pegawai ini amat penting kerana merekalah jentera yang turun ke bawah bertemu rakyat dan menyampaikan amanat kerajaan kepada rakyat. Hati pegawai-pegawai ini perlu dijaga, kebajikan mereka juga perlu dijaga. Bak kata pepatah moden ''jika penyapu yang diberi, maka penyapulah yang akan diterima.''

KCS ini amat strategik dari segi perancangan antara kerajaan (politik) dan pentadbiran awam. Jika orang politik (kerajaan) tidak menjaga mereka dengan baik, kuasa kakitangan awam ini boleh menentukan untung nasib kerajaan itu. Contohnya, menurut kajian bukan ilmiah, didapati jatuhnya negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan ada kaitan sedikit sebanyak dengan peranan dan pengaruh kakitangan awam.

Dalam konteks Kedah, reaksi segera Pusat selepas kejatuhan negeri itu ialah ditubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bagi memastikan agihan dan projek pembangunan kerajaan Pusat dapat disalurkan tanpa ada diskriminasi atau diambil kesempatan oleh kerajaan negeri pembangkang.

Namun wujud satu senario yang serius di mana peranan KCS contohnya institusi yang dihormati rakyat, DO atau Pegawai Daerah (perlu disebut: DO ini juga ialah Pegawai Pengurus (RO) dalam satu-satu pilihan raya), Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah dan hubungannya dengan kerajaan Pusat seperti telah terputus.

Menurut seorang pegawai tinggi kerajaan Kedah: ''Baru setahun bertukar kerajaan, KCS seakan terpinggir, tidak dipedulikan lagi.''

Persepsi ini diburukkan lagi melalui tanggapan sesetengah wakil rakyat UMNO bahawa kononnya KCS kini mulai beralih arah dengan menyokong kerajaan pembangkang Pas. Walhal apa yang berlaku menurut pegawai itu ialah: ''pendekatan politik dan 'political engagement' antara UMNO, BN dan kerajaan Pusat dengan KCS kini jauh kosong dan menyebabkan KCS hilang arah.

''Orang UMNO dan BN dan Pusat mulai menjauhkan diri daripada kami dan bukan sebaliknya. Persepsi orang-orang ini adalah salah, meleset dan mengelirukan kerana sejak PRU 1959 sehingga 2008, keupayaan BN memerintah Kedah bukankah akibat dokongan dan hasil kerjasama dan sumbangan daripada KCS?

''Kenapa isu ini dialihkan, sedangkan faktor kekalahan BN dalam PRU 2008 adalah akibat sumbangan daripada banyak petunjuk-petunjuk lain,'' katanya kepada saya baru-baru ini.


Untuk mengatasi masalah ini amat mudah...sesuai dengan slogan negara yg nak maju ni..Global la...bertaraf dunia la..last sekali GLOKAL...Oghang kampung pun tau macamana nak atasi........amalkan "Demokrasi"....kan senang...Jangan amalkan budaya macam sekarang...dengan JKKKP leee...JPP lee...entah apa-apa lagi di negeri yang diperintah oleh parti lain selain umno/bn ni...

Bagi aku...inilah yang dikatakan kecelaruan minda lagi...yang menghasilkan perlanggaran hak rakyat didalam negara merdeka nan satu ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda