30 Disember, 2009

Kota Siputeh...PAS Gelabah vs Umnooo Kalut

Kes PRK Kota Siputeh masih dok tergantung lagi...mahkamah pun dah pening nak pusing macamana lagi. SPR pula dok sibuk dengan cadangan pindaan beberapa peraturan berkaitan pilihan raya..tu pun nak dibawa dalam sidang Dewan tahun depan. pindaan yang nak dibuat tu berkaitan pertembungan penyokong-penyokong dan je. bukan berkaitan nak mantopkan kaedah untuk rakyat yang layak boleh mengundi terus tanpa kena daftar sebagai pemilih dengan SPR atau macamana cara nak jadikan penyokong-penyokong parti atau rakyat menjadi lebih sopan dan tertib..


Kes Kota Siputeh ni juga telah menjadi macam perlawanan tarik tali pula. PAS dan rakan-rakan kata kita kena ikut undang-undang.umno pun ngaku juga.Bila ditanya kepada setengah pemimpin PAS, depa kata PRK kali ni akan bertambah sengit..PAS bercita-cita nak rampas kerusi DUN ini dan sekaligus akan membuktikan bahawa dasar yang diperkenalkan dalam pemerintahan kerajaan di Kedah telah diterima oleh rakyat. Umno pula sudah tentu nak pertahankan kerusi DUN ni..nak buktikan bahawa gagasan One Malaysia diterima oleh rakyat.
Apa pun bagi kedua-dua pihak...keputusan dalam PRK ini akan menggambarkan kesinambungan penerimaan rakyat terhadap mana-mana parti yang sekaligus akan mewarnai gelombang sokongan semasa PRU ke 13 nanti.
Baru-baru ni aku dengar umno semakin menggasak DUN ni dengan berbagai kaedah. Orang disana kata depa mai dah..depa mula dah. Anak TDM yang jadi wakil peringkat parlimen dok turun selalu dengan berbagai program memancing undi. Minggu lepas ada syarikat yang telah bergerak di DUN tersebut dalam memberi bantuan pakaian sekolah kepada kanak-kanak..Depa bergerak dari rumah kerumah pula..siap bawa pakaian sekolah..pi ke rumah-rumah pengundi sasaran depa...ukur dibadan budak-budak tu..lepas tu bagi terus...


Bila nak balik wakil depa kata jangan lupa undi umno masa PRK nanti...hebat serangan depa.yang tu baru satu..PAS pasti akan buat serangan balas..tak tau la macamana pula.Apa pun oghang zaman la bukan macam zaman dulu lagi kot...dah pandai menilai la harap-harapnya.



Apa yang menarik PRK kali ini (kalau jadi) pemimpin umno kata Kota Siputeh ni jajahan depa,apa nak heran pada PAS..PAS pasti kecut tapi depa sendiri kata umno lagi takut..sama-sama lee kita tunggu.



 Tapi penantian itu satu siksaan...

Rakyat sudah mau mengundi..apa tunggu lagi...





Yang terbaru..Depa mula dah...perebutan pemimpin umno untuk menjadi calon dalam PRK ini. Dalam keadaan takut-takut depa,macam biasa juga le parti melayu nii..kalau tak dak perebutan kira tak sah.. Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah sudah tentu mau orangnya yang menjadi calon. Semalam aku diberitahu sorang kontraktor yang duduk dalam kawasan Parlimen Alor Setar telah dianggap bakal calon TPP Umno ni..maka dok sibuk le atur orang-orangnya 20-30 orang untuk membelit di Kota Siputeh tu..

Lagi satu kroni pula..dengarnya calon yang dok di KL tu..yang ni pun dah lama dok idam nak bertanding. Maka bermulalah babak biasa umno di Kota Siputeh..Hang cantas aku...aku cantas hang..jadi pengundi pun balas hak hangpa berdua..biasa la..kan..Lagi tak sampai tarikh umum sapa calonnya,akan berterusan begitu..
Bagi pihak PAS pula,jangan rasa selesa dengan keadaan yang ada. Zaman la ni orang kata duit bukan segala-galanya..tetapi nak buat apa pun guna duit juga yang banyak.

Akhirnya PAS gelabah..umnoooo kalut.
Hai...nasib la kita rakyat Malaysia..nak pilihan raya pun...macam tunggu buah tak jatuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda