12 Januari, 2010

Air dan Ayaq di Kedah.........


Tertarik juga dengan isu air di Kedah..pemimpin umno dok hingaq bagaikan masalah air di Kedah ni berlaku sebaik saja Pakatan rakyat mengambilalih teraju kepimpinan negeri..Oghang Kedah kata mana ada air di Kedah ni...jadi hangpa dok bising buat apa..Kat Kedah ni yang ada hanya AYAQ dan disatu dua kawasan hanya ada A je.

Itu dari sudut sebutan saja..tapi hakikatnya masalah tekanan air yang rendah,kebocoran paip dan penyelenggaraan adalah kesinambungan dari masalah yang wujud sejak zaman be endd dahulu. Setahu aku masalah ni bukan sekadar berlaku dalam tempoh setahun dua ni, malah dah lama dah. Sepuluh tahun yang lalu aku pernah pi kat pejabat-pejabat jabatan yang berkaitan untuk mendapatkan penjelasan mengenai masalah air kat taman perumahan yang aku diami.Akhirnya aku jumpa juga punca masalah ni berlaku setelah kena jadi bola. Tekanan air masih gitu juga walaupun diberi janji bahawa masalah tersebut akan diselesaikan segera. Itulah mentaliti dan sikap pegawai kerajaan yang ada pada masa tu.

La ni masalah tu makin bertambah disetengah kawasan. Ada tangki air besar yang bocor,ada yang sudah diganti dengan tangki "Stainlessteel" sejak lebih kurang 6 tahun yang lalu tapi tak pernah berfungsi sampai sekarang. Masalah tu mudah je kalau nak diatasi, tapi tak payah nak coretkan disini.

Sekarang pemimpin umnooooo dok sibuk untuk menjuarai rakyat yang diperbodohkan sejak merdeka dengan isu ni. Maka dicanangkanlah melalui media yang ada untuk menunjukkan bahawa kerajaan Kedah sekarang tak mampu nak atasi masalah ni. Rakyat menderita kononnya...tak disebut pun penderitaan tu hasil dari ketidakcekapan kerajaan pimpinan terdahulu. Kerajaan Kedah sebelum ni dikhabarkan mendapat peruntukan yang berjuta-juta RM juga untuk projek menaiktarafkan paip ayaq di Kedah, tapi entah ke mana paip yang sepatutnya dipasang pun tak tau laa.Perumahan,bangunan dan penduduk makin bertambah masa tu tapi paip air dok besar tu juga dikebanyakan daerah. Paip air besar yang kelihatan tersadai ditepi jalan sejak 5 tahun lalu pun ada juga dibeberapa tempat. La ni rakyat jadi mangsa lee...mangsa kepada sapa ? Bagi aku pasti mangsa kepada kepincangan pemerintahan kerajaan Kedah sebelum ni.

Sekarang Jabatan Bekalan Air sudah di Korperatkan....BUKAN DISWASTAKAN. Bila berlaku pengkorperatan ni,maka pemimpin umnoooooo pun nak ambil kesempatan nak perbangangkan lagi rakyat Kedah. Maka timbullah cerita tarif ayaq di Kedah akan naik..bila naik nanti akan membebankan rakyat Kedah..Bila bebanan dirasai oleh rakyat,maka kerajaan Kedah yang bagi rakyat terseksa. gitu le gamaknya matlamat politik depa..

Bab korperat dan swasta ni berbeza maksudnya. Pada umnooo yang will be endddd, bila sebut saja korporat, alamat kena bagi kat syarikat lain. syarikat berhad kee...sendirian berhad kee yang mengendalikan dan menguasai saham syarikat koporat ni. Al-maklum le bila sebut korporat pula tentu nak untung..maka tentu tarif akan dinaikkan.

Kerajaan Kedah sekarang hanya mengkorporatkan sahaj JBA ni. Itu pun kerana Akta atau peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan pusat, dimana semua yang berkaitan air kena urus cara korperat. Akta atau peraturan ni diluluskan oleh Parlimen bukan oleh DUN. pemimpin umnoooooo masa tu tak lawan pun untuk menjuarai rakyat. Depa kira cara macam tu boleh memudahkan kerajaan jee atau memudahkan depa jeee.
Pengkorporatan yang dilakukan ni hanya menukarkan JBA kepada SADA ( Syarikata Air Darul Aman) yang sahamnya 100 % dimiliki oleh Kerajaan negeri Kedah...BUKAN oleh syarikat sapa-sapa. Ni sebahagian dari kata MB Kedah..

ALOR SETAR 11 Jan. - Kerajaan negeri hari ini menafikan telah membuat keputusan menaikkan kadar tarif air di negeri ini berikutan pengkorporatan Jabatan Bekalan Air (JBA) Kedah baru-baru ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, ini kerana Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) yang baru mengambil alih pengurusan air daripada JBA Kedah masih dalam peringkat penyusunan semula operasinya.
Menurutnya, ia bagi membolehkan syarikat berkenaan memberi perkhidmatan lebih bermutu kepada rakyat di negeri ini.
"Siapa buat cerita kadar tarif air naik? Kita (kerajaan negeri) baru sahaja susun Lembaga Pengarah (SADA), berita ini menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat, terlalu awal untuk naik tarif," jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan kakitangan dan penuntut serta melawat Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) di sini hari ini.
Azizan mengulas desas-desus termasuk laporan media sebelum ini bahawa kadar tarif air di negeri ini akan dinaikkan di bawah pengurusan SADA.
"Kenaikan tarif air perlu mengikut penyelarasan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)," tambah beliau.
Jelasnya, kerajaan negeri tidak menswastakan JBA Kedah sebaliknya menerusi pengkorporatan syarikat itu, ia masih dimiliki kerajaan negeri.
"Menerusi pengkorporatan, kita akan bantu SADA dan untung atau rugi syarikat ini semuanya ditanggung oleh kerajaan negeri.

Jadi sapa yang dok hingaq sangat untuk memangsakan rakyat ? Memang diakui masalah ayaq ni ada, tapi kini sedang cuba diatasi oleh kerajaan Kedah dengan membina loji dan pemasangan paip yang baru...sabaq-sabaq le sikit bila...siap nanti tentu masalah dibeberapa kawasan tu akan selesai...Tu kata exco YB Dato' Hj Phahrulrazi dalam satu majlis.

Bagi aku pun setuju juga dengan Dato' ni...kena sabaq..oghang yang baru menikah pun kena tunggu sampai lebih kurang setahun baru boleh anak leee..tu kalau produktif. Nak bina loji atau pasang paip yang baru pun bukan boleh siap dalam masa sehari atau seminggu atau sebulan, tentu le ada prosedur dan tempoh yang terpaksa dilalui. Aku yakin kerajaan Kedah yang ada dibawah kepimpinan sekarang mampu untuk mensejahterakan rakyat Kedah dengan lebih baik dari cara kepimpinan umnooooo be enddd.


Kalau kepimpinan yang ada tak boleh selesaikan langsung masalah rakyat sedikit demi sedikit...kita sebagai rakyat nak takut apa. Kita ada POWER untuk menjatuh atau memberikan POWER kepada pemimpin. Undii...undi....pangkah parti mana yang anda rasa boleh mensejahterakan rakyat bukan kroni atau perut depa sendiri.


Ayaq ada POWER...rakyat pun ada POWER...Allah lagi Maha POWER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda