18 Januari, 2010

Dirgahayu Tuanku Sultan Kedah


    
  Sekilan rakyat Kedah Darul Aman merafak sembah menyucapkan tahniah dirgahayu diatas ulangtahun kelahiran ke 82 Tuanku Sultan Kedah semalam. Rakyat Kedah juga turut berdoa agar Tuanku Sultan diberi kesihatan yang baik untuk terus memayungi negeri yang tercinta ini.
Sempena dengan sambutan ulangtahun tersebut, Tuanku Sultan telah menyampaikan titah ucapan yang agak menarik untuk ditatapi oleh semua..

http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story6383081.aspALOR SETAR- Corak pentadbiran Kerajaan Negeri yang baik di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan meningkatkan kualiti hidup rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum dipuji oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada titah ucapan baginda sempena menyambut Hari Keputeraan ke-82 di Istana Anak Bukit, semalam.

Baginda bertitah, corak pentadbiran Kerajaan Negeri yang mendukung tinggi prinsip keadilan tanpa mengira kaum dan agama itu amatlah dipuji dan rakyat diingatkan agar terus memelihara suasana aman damai yang membolehkan taraf hidup rakyat ditingkatkan tanpa ada sebarang ancaman atau gangguan terhadap keselamatan.

Baginda bertitah, kemudahan asas seperti prasarana, kemudahan kesihatan dan pelajaran telah disediakan di semua kawasan penempatan yang utama dan golongan yang kurang bernasib baik turut diberikan bantuan kewangan bagi meringankan perbelanjaan sara hidup.

“Skim Kifalah yang dilancarkan yang pada tahun ini dengan memberi bantuan sejumlah RM500 kepada kepada keluarga termiskin yang meninggal dunia akan dapat membantu meringankan beban bagi membiayai kos pengurusan jenazah kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” titah baginda.

Baginda bertitah, pembinaan rumah kategori rumah mampu milik yang dilaksanakan telah memberi peluang kepada semua pihak untuk memiliki rumah yang sempurna dan mengurangkan rakyat mendiami kawasan setinggan yang tidak mempunyai kemudahan asas.

Baginda bertitah, Kerajaan Persekutuan diharapkan dapat memberi peruntukan dan melaksanakan Projek Tebatan Banjir yang mampu mengurangkan ancaman banjir dengan segera demi faedah dan kesejahteraan rakyat.

Di akhir titah ucapan, baginda turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk Pasukan Keselamatan yang berusaha gigih bagi memastikan keamanan negeri sentiasa terpelihara....

  Dirgahayu Tuanku...

Apa menarik sempena Ulangtahun kali ini ialah mengenai anugerah Pingat dan Bintang Kebesaran. Jelas jika diperhatikan penganugerahan tersebut tidak dimonopoli oleh pihak parti memerintah sebagaimana lazimnya berlaku. Jika dulu sudah tentulah mereka yang menerima anugerah yang membawa gelaran Dato' dan seumpamanya ramai yang terdiri dari kalangan pimpinan umno/ bn...Ketua Bahagian laa..Setiausaha Bahagian laa dan dari berbagai jawatan lagi dalam umno yang memperolehi anugerah tersebut...
Kali ni berbeza..tiada Yang Dipertua Kawasan/Setiausaha Kawasan ( Jawatan setaraf dlm Bahagian umno) yang mendapat anugerah seperti zaman umno dulu.Kalau nak kira dari sudut kelulusan apa kurangnya yang ada didalam PAS..apalagi jika nak dibandingkan dari sudut keperibadian,sudah tentu jauh lebih baik dari umno. Kalau nak kira dari sudut pengorbanan untuk negeri pasti yang dari umno lebih tertinggal..

Aku bukan nak bangkitkan tentang sapa dapat atau tak dapat, bagi orang PAS tak jadi masalah tentang Pingat atau Bintang..Allah Maha Mengetahui..penghargaan dari Allah yang terlebih tinggi...Aku cuma nak terangkan bahawa Pimpinan Kerajaan dibawah PR atau PAS ni tak mau masuk campur urusan tu. Para pegawai dan pihak berkenaan boleh buat kerja depa tanpa tekanan politik. Pandai-pandailah depa buat kerja ikut bidang tugas masing-masing. Kalau depa buat dengan adil maka bertambahlah pahala depa, bukan setakat pahala saja bertambah tapi akan tambah dihormati oleh manusia. Kalau depa tu tak berlaku adil akan mendapat penghinaan dari Allah dan juga manusia...ni janji Allah yang Maha POWER.

Yang jelas..MB Kedah tak mempengaruhi depa dalam pengagihan untuk hanya sebutir Pingat atau Bintang yang belum tentu menjaminkan tempat duduk didalam syurga..Ketelusan ini yang perlu dilihat oleh segenap lapisan masyarakat. Biarpun POWER ada ditangan tetapi bukan digunakan untuk perkara yang belum tentu boleh membahagiakan diri,masyarakat serta negeri samada didunia atau diakhirat. Syabas...dan Dirgahayu Tuanku.
Buat renungan

"Wahai Nabi, katakanlah kepada orang-orang tawanan yang ada dalam tangan kamu: "Jika Allah mengetahui ada kebaikan (iman) dalam hati kamu, nescaya Ia akan memberi kepada kamu (balasan) yang lebih baik daripada (harta benda penebus diri) yang telah diambil dari kamu, dan Ia akan mengampunkan dosa kamu; kerana Allah Maha Pengampun, lagi maha Mengasihani."
( Al-Anfaal ; 70)

"Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya); dan Ia tidak redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur; dan jika kamu bersyukur, Ia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Ia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada."

(Az-Zumar : 7)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda