01 Februari, 2010

Jilbab,Niqab dan Kepala...

Tertarik aku satu isu yang melibatkan umat Islam seluruh dunia. Hangat dihebohkan melalui media massa yang ada termasuk di negara tercinta ini tentang langkah tindakan yang akan diambil oleh Perancis dan diikuti oleh Itali.Semuanya atas nama keadilan dan hak asasi manusia kononnya.
          Mereka lantang bercakap tentang cadangan untuk mengharamkan pemakaian "jilbab" atau niqab bagi wanita muslim dinegara mereka.Apa hak mereka yang bukan Islam untuk bercakap tentang hak asasi manusia lain mengikut hukum Islam ? Apakah umat atau wanita Islam sahaja yang perlu dijaga atau diberi hak kebebasan mengikut acuan fahaman mereka ? Adakah tindakan mereka ini pula betul supaya umat Islam mengenepikan hukum yang mesti diparktikkan dengan mengikut hukum yang dikehendaki oleh mereka ?. Dimana pula hak umat Islam ?.Apakah umat Islam tidak mempunyai kebebasan atau Hak Asasi sendiri ? Jika diperhatikan sudah tentu mereka ini mahu manusia lain mengikut kemahuan atau kehendak mereka semata-mata. Jika semuanya mengikut kehendak mereka mungkin itulah yang dikatakan Hak Asasi Manusia biarpun yang wanitanya bertelanjang...lelakinya berbogel.

Berpoligamami tidak boleh.... bersetubuhan dengan yang bukan isteri atau suaminya dengan kerelaan boleh saja...tidak salah.Hidup berpasangan wanita dengan wanita atau lelaki dengan lelaki tidak mengapa...Hak Asasi Manusia. Aku punya suka kot.. Lebih teruk dari manusia purba. atau lebih teruk dari haiwan yang ada kepala tetapi tiada akalnya.
              Aku tertarik dengan isu ini jika digabungkan dengan yang sedang berlaku di Malaysia. Umno dengan lantang bersuara untuk menjaga Islam dari dulu hingga kini. Bukti penjagaan umno keatas Islam memang banyak hinggakan sudah semakin banyak yang tidak dapat dibezakan mana satu umat Islam dan mana satu bukan Islam atau kafir didalam Malaysia dari sudut pakaian. Umno kini dilihat hanya mahu menjaga "Allah" dari digunapakai oleh penganut kristian. Selebihnya biar dilondehkan atau dibogelkan depa tak kisah. Hingga saat ini aku belum terjumpa satu kenyataan oleh pemimpin negara Islam one Malaysia ini bercakap tentang Hak Asasi Islam dan menentang cadangan atau hasrat pemimpin negara eropah itu. Kalau mengikut ajaran Islam " cubit paha kiri paha pun terasa". Pemimpin one Malaysia lebih suka bercakap tentang penjagaan "global warming" agar manusia dapat hidup dalam keadaan suhu yang nyaman.

            Hingga saat ini juga,rakyat Islam di Malaysia dimomokkan dengan kes "kepala" haiwan. Sebelum ini kes "Kepala Lembu" kini timbul semula kes "kepala babi"yang sudah bertahun-tahun berlalu. Waduhhhhhhh...makin pusing kepala mau mencari jalan penyelesaian yang sengaja dan sudah lama dikusutkan.Apa pun punca busuk sesuatu itu datangnya dari "kepala juga". Kalau ikan busuknya bermula dari kepalanya. Kalau manusia juga hilang kewarasannya dari "kepala" juga. Kalau rumahtangga berantakan juga dari kepala rumahnya..Kalau negara berkecamuk sudah tentu berpunca dari kepala negara juga. Semuanya ini fakta sejarah kehidupan manusia.Jadi kalau mahu hidup dalam suasana yang damai dan sejahtera, pastikan "kepala" kita berfikiran waras...berfikiran jauh bukan sekadar untuk hidup diatas bumi ini...betul dalam tindakan dengan panduan kehidupan dari Yang Maha Penciptanya.Kalau ada "kepala" yang berfikiran tidak waras...songsang...penipu atau seumpamanya...perlulah dibuangkan atau diganti, macam kepala keretapi yang sudah lama...selalu rosak kalau nak repair pun jadi lebih mahal dari yg baru.
  Gunakan POWER didalam Kepala dan POWER didalam Hati untuk buang kepala yang gila POWER.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda