Lempar kepala babi: Polis temui petunjuk
SUBANG JAYA 31 Jan. - Polis Selangor sudah menemui petunjuk berhubung suspek yang terlibat dalam kes lempar kepala babi di Masjid Jumhuriah Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dekat sini baru-baru ini.Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, petunjuk itu bagaimanapun tidak boleh didedahkan buat masa ini kerana ia boleh mengganggu siasatan.
"Petunjuk itu diperoleh selepas kita mengambil keterangan daripada hampir 10 orang termasuk ahli jawatankuasa masjid yang menjumpai kepala babi itu serta beberapa orang awam.
"Selain itu kita juga mendapat petunjuk tersebut berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di belakang masjid itu," katanya.
Dulu seingat aku dalam tahun 90an telah berlaku beberapa kes "kepala babi" yang dilemparkan kemasjid termasuk di Kedah. sampai sekarang ni rasanya aku belum dengar lagi orang yang melakukannya dihadapkan kemahkamah. Entahlah mungkin aku lupa kot.Ni mai lagi kes begini...macam plot cerita lama juga. Harap-harap mereka yang terlibat akan diambil tindakan dan hukuman yang setimpal. Jangan setakat dapat petunjuk jee...lepas tu petunjuk jadi kelabu pula..kemudian terus senyap kes ni. Bila boleh jadi pengajaran kepada orang lain.

biaq pi la..kepala depa jadi mcm kepala babi tuu..nanti senang sikit oghang nak balon..
BalasPadam