Kronologi kehilangan tu seolah-olah yang hilang tu adalah enjin motorsikal yang boleh dibawa dalam beg galas. Kelakar..kelakar..Dah setahun baru sedar enjin tu dah lesap ke negara lain tambah setahun lagi baru dipecahkan kepengetahuan seluruh rakyat jelata..Ada apa-apa ke ?
Entah...entah enjin jet tu dah dipasang dan berterbangan di udara dah di negara tu..Kat negara kita dah di kondemkan..
Guna traktor jee...tak payah guna yg canggih pun nak tarik tuu
Dalam dok kalut macam-macam kes dalam negara ni berita yang kita dengar..
Ni dalam utusan mel...
Enjin jet F-5E hilang: Dua termasuk sarjan TUDM didakwa hari ini
KUALA LUMPUR 5 Jan. - Anggota tentera berpangkat sarjan bersama seorang awam akan didakwa esok berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 2007.
Sarjan TUDM itu akan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 atas tuduhan melakukan kesalahan curi dalam bangunan dan menolong menghapuskan barang curi.
Orang awam berusia 36 tahun yang merupakan pengarah di syarikat yang terlibat dengan industri penerbangan itu pula didakwa di bawah Seksyen 414 kanun sama.
Kedua-duanya akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Dalam pertuduhan itu, lelaki awam itu dikatakan diwakili peguam, Pritam Singh Doal.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya di sini malam ini mengesahkan mengenai pendakwaan sarjan TUDM dan pengarah syarikat itu esok.
"Siasatan menunjukkan kedua-dua enjin F5 itu dibawa keluar dari Gudang Material Udara 1 (Matra 1) Kuala Lumpur hasil persubahatan anggota tentera berpangkat sarjan dan seorang pengarah syarikat menolong melupuskan kedua-dua enjin itu yang diketahuinya harta curi," katanya.
Pendakwaan itu adalah yang pertama berhubung kes kehilangan enjin F-5E itu.
Pada Jun dan November 2007, dua enjin F-5E berpangkalan di Skuadron 12 Scorpion Butterworth dilaporkan hilang ketika proses penyenggaraan rutin.
Kehilangan enjin pertama dilaporkan di Gudang Material Udara manakala enjin kedua sebaik meninggalkan pangkalannya di Butterworth untuk ke ibu negara.
Ia dipercayai dijual sebagai komponen alat ganti kepada sindiket antarabangsa di luar negara.
Bagaimanapun, kehilangan kedua-dua enjin bernilai RM100 juta itu hanya disedari setahun kemudian sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, 4 Ogos 2008.
Gani dalam sidang akhbarnya semalam memaklumkan, polis telah melengkapkan siasatan kes itu dan beliau berpuas hati dengan hasilnya yang mendapati tiada pegawai tinggi tentera terlibat.
Lokasi terakhir enjin pesawat itu dikesan adalah di Uruguay.
Hebat juga...baru je heboh dah dapat tangkap dan akan didakwa terus ? Yang 2 tahun tak diketahui atau disembunykan tentang kehilangan tu macamana ? pelik juga...
Syabas le kpd pihak berkuasa..bertindak pantas (lepas 2 tahunnn). Apa yang menjadi pertanyaan umum sekarang adalah tentang yang kena tangkap tu..2 orang saja ke yang terlibat ?
Sarjan tu kira pangkat besar le boleh meluluskan keluar masuk sesuatu alat atau kelengkapan yang bernilai jutaan ringgit.
Lepas hilang setahun baru sedar ?...Prosedur yang ada dalam kementerian tu macamana,
hingga begitu mudah jee dilesapkan inventori dan enjin-enjin tu sekali.
Banyak lagi persoalan yang perlu dijawab oleh semua pihak yang terbabit termasuk Menteri Pertahanan sebelum dan selepas kes ni.
Rakyat mahu penjelasan konkrik..bukan cerita budak-budak..jadi Gajah Putih dan Kambing Hitam.
Sapa lebih power ?
Enjin Jet atau Duit ?
Pemimpin atau Rakyat ?
Sapa Gila Power ?
Rakyat atau Pemimpin ?
Sapa ada Power ?
Rakyat atau Pemimpin yang dipilih oleh Rakyat ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda