07 Januari, 2010

guna keldai....otak keldai..

Mekanisme Baru Subsidi Petrol Diumum 1 Mei
PETALING JAYA: Kerajaan akan memperkenalkan mekanisme baru bagi menentukan sama ada seseorang warganegara itu layak atau tidak mendapat subsidi petrol bermula 1 Mei ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, mekanisme tersebut akan dibahagikan kepada subkategori yang memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah.
"Subsidi petrol bagi yang layak akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan mereka, dengan tumpuan diberikan pada golongan berpendapatan rendah yang kebiasaannya menggunakan kapasiti enjin rendah.
"Pada masa sekarang semua mendapat subsidi, termasuk warga asing. Bermula 1 Mei, pembelian menggunakan MyKad akan diperkenalkan, dengan hanya warganegara layak mendapat subsidi," katanya.
Ismail berkata, kerajaan juga mungkin akan mengenakan cukai yang akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan. Pengumuman lanjut mengenai mekanisme baru itu akan dibuat pada 1 Mei....

Ni nak komen sikit kat Menteri dan kerajaan Malaysia..Subsidi ikut kapasiti enjin macam cadangan tok menteri nii
"Subsidi petrol bagi yang layak akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan mereka, dengan tumpuan diberikan pada golongan berpendapatan rendah yang kebiasaannya menggunakan kapasiti enjin rendah.
 

oghang miskin kena guna macam ni..baru nampak miskin kot.

 
 Akai depa ni letak kat mana lee...awat dia ingat orang yang guna kereta kapisiti yang rendah tu orang miskin semua kee..Orang kaya lagi banyak guna kereta kapasiti rendah laa...kereta kedua..ketiga..keeempat... Ini satu penghinaan dari pemimpin Umnoooooo be enddddddd.
Orang miskin yang guna kereta kapasiti besar pun berlambak laa...tapi kereta tua...murah nak beli..janji ada kereta. Kalau guna kaedah ni haru lee..

oghang kaya macam ni kot..
 
Guna la kaedah lain....ikut cadangan guna Mykad tu baguih laa..tapi bagi kat semua rakyat..baru adil, tak payah nak pening kepala pengusaha stesyen minyak atau sapa-sapa rakyat Malaysia.Kalau nak ambil balik duit dari orang-orang kaya tu guna kaedah lain.

Awat haru sangat tok menteri Malaysia...Oooiii minyak ada power...rakyat pun ada Powerr..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...