03 Januari, 2010

Kedah..makin sejahtera

Sebagaimana yang dikatakan dahulu, Kedah pasti akan berubah.Perubahan minda rakyat pasti akan berlaku walaupun secara perlahan-lahan. Ni baru dua tahun Kedah dibawah teraju pimpinan yang mengutamakan kesejahteraan untuk rakyat dan bukan untuk diri sendiri.

Mungkin ini juga rahmat dari Allah yang memberi berkat atas keikhlasan pemimpin maka rakyat mula merubahkan keadaan diri mereka walaupun kerajaan yang ada belum dapat memberi sebanyak yang diminta. Syukur atas perubahan ini. 

Tahniah kerajaan Kedah.

03 January 2010

 Kedah berjaya kurangkan kadar kemiskinan sepanjang 2009

oleh Ali Hashim

ALOR SETAR, 2 Jan: Kerajaan Negeri Kedah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar di negeri ini, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Razak.

"Kita juga telah berjaya mencapai beberapa sasaran penting tahun 2009 seperti pengurangan kadar kemiskinan kepada 3 peratus.

"Begitu juga dengan kadar kemiskinan tegar telah berjaya dikurangkan kepada 0.3 peratus dan kadar pengangguran kepada 3.3 peratus," katanya.

Untuk tahun 2010 ini, kerajaan negeri katanya akan terus memberi keutamaan kepada kesejahteraan dan keadilan semua pihak di negeri ini dengan mengotakan janji sebagai asas perjuangan kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Menurut Azizan, azam tahun baru tidak akan memberi apa jua pengertian sekiranya ia tersasar daripada membawa keadilan dalam mencapai keredaan Allah.

"Sehingga Oktober 2009 yang lalu daripada anggaran hasil sebanyak RM480 juta, Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip sebanyak RM211.6 juta.

"Dalam tahun 2010 ini aspek yang akan diberi keutamaan ialah kebajikan rakyat, pertanian, kemudahan ICT, agama dan juga sosial, pembangunan infrastruktur dan pentadbiran.

"Kerajaan Negeri juga akan memperbanyakkan lagi program baru yang mampu membantu usahawan tempatan untuk memasuki pasaran tempatan dan juga antarabangsa,"katanya lagi.

Menurut beliau lagi setiap masyarakat tanpa mengira kaum dan agama adalah bertanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan negeri Kedah supaya kehidupan yang aman, selesa dan diberkati dapat dinikmati bersama.
.- KedahLanie.

Mengikut kenyataan YAB DS Ustaz Azizan ni, jelas menunjukkan inilah tindakan Fasa kedua Kerajaan pimpinan beliau. Rakyat Kedah berharap agar ia dapat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan proaktif.

Masih banyak tanah-tanah terbiar milik rakyat yang belum terurus serta memberi pulangan hasil kepada rakyat dan kerajaan sendiri. Kalaulah pendekatan dengan melibatkan rakyat secara keseluruhan dalam bidang pertanian ni amatlah baik.Janganlah terlalu memfokuskan kepada projek atas tanah yang luas saja. macam kerajaan bawah umno dulu. Libatkan lah rakyat yang ada tanah dibelakang rumah tu...kalau dicampurkan semua pasti lebih luas dan lebih ekonomik dari dok buka tanah baru.

Bukan sekadar masa dapat dijimatkan, tenaga kerja dan upah pun dapat dikurangkan. sekaligus rakyat akan mendapat ilmu dan pengalaman selain pendapatan hasil dari menceburi dalam bidang tersebut.

Aku pasti yang ada tanah sepenjuru dua dibelakang rumah tu akan turut memajukan tanah mereka. Yang rakyat serik tu bila kerajaan promote suruh tanam depa tanam...macam tanam mempelam dulu...rakyat pakat tanam sorang sepokok atau dua..tapi bila keluar hasil rakyat kena cari sendiri pasaran...ini pun susah bagi rakyat biasa....makan tak habeh..nak jual yang lebih tu tak dak pembeli pula..Kerajaan Kedah kena cari kaedah kalau nak mulakan projek baru.

Nak kucadangkan..agar GLC yang berkenaan tu bertindak sebagai " Perunding dan Peraih ". Kakitangan GLC beri khidmat nasihat kepada penduduk yang terlibat dari mula hingga hasil dituai. Kemudian GLC tu beli balik hasil tanaman tu untuk dipasarkan kemana saja, Jangan pula GLC dok kalut nak buka ladang luas-luas  macam kerajaan bawah umnooo be endd dulu..nanti rakyat dok melopong tengok saja...

Ladang Bunga sapa tu haahh..? Leh buat di Kedah juga nii..

Kalau tak silap aku di Jepun, kerajaan Jepun bagi  sepokok benih  kepada setiap rumah untuk ditanam. Kemudian dihantarnya pegawai kerajaan yang berkaitan untuk melawat dan memberi khidmat nasihat kepada penduduk bagaimana nak jaga pokok tu. Tak payah kerajaan dok sibuk buka tanah sana sini. Tanah hak milik rakyat pun dah luas.rakyat lagi seronok tanah depa boleh diusahakan berterusan dan negeri pula pasti lebih makmur dengan hasil yang ada serta pimpinan kerajaan pula pasti lebih seronok melihat rakyat yang pasti akan semakin berusaha kerana hasil yang ada dapat dijual oleh mereka.

Pokok Herba Sabung Nyawa

Kalau ramai rakyat dok ambil bahagian dalam program kerajaan macam tu...aku rasa alamat menghijau lagi negeri Kedah yang serata-ratanya ni dana akan terlaksanalah slogan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.

Dalam hidup pasti ada angan-angan
Dari angan-angan menjadi cita-cita
Dari cita-cita menjadi Kerjaya
Dari Kerjaya menjadi kaya dan sejahtera...

Tapi kena ingat pada The Most Powerfull..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda