04 Januari, 2010

Lawak gula awal tahun..

Pagi ni berita jam 7 pagi melalui Radio Kedah, ada satu berita menarik yang aku rasakan jadi lawak awal tahun.

PM kita mengharapkan agar dengan kenaikan harga gula baru-baru ni maka wajarlah rakyat mengurangkan kadar pengambilan makanan yang manis kerana Malaysia mempunyai bilangan pesakit Kencing Manis yang tertinggi. Begitu le lebih kurang kata PM kita ni.

Dalam pada itu pula, Menteri sorang lagi kata:

Isnin Januari 4, 2010
Tambahan Subsidi Sebanyak RM260 Juta Jika Harga Gula Kekal

BERA: Kerajaan terpaksa menambah peruntukan subsidi gula sebanyak RM260 juta setahun jika harga gula di pasaran kekal pada harga RM1.45 sekilogram, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya walaupun berlaku kenaikan bahan itu sebanyak 20 sen setiap sekilogram kerajaan masih memberikan subsidi berjumlah RM1.2 bilion seperti subsidi tahun lepas.
Beliau berkata rakyat seharusnya memahami masalah kenaikan harga bahan itu dan bukannya kerajaan bertujuan menghapuskan subsidi atau membebankan rakyat.
"Walaupun perjanjian harga gula mentah yang kita beli secara pukal sebanyak 70 peratus daripada negaranegara pembekal akan tamat pada tahun 2011 tetapi kita terpaksa membeli 30 peratus lagi dengan harga baru mengikut pasaran semasa.
"Harga gula di negara kita masih rendah iaitu RM1.65 sekilogram berbanding di negaranegara jiran seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam dan lainlain," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dengan para pekerja kilang kelapa sawit Felda Bukit Kepayang dan acara pesta membuat bubur asyura dekat Bera di sini, semalam.
Beliau berkata kerajaan memberi subsidi sebanyak 80 sen bagi setiap sekilogram gula yang sekarang ini dijual pada harga RM1.65.
Sebahagian besar gula dibeli dari Brazil, Thailand, Australia dan beberapa buah negara pengeluar lain, katanya......

Yang rakyat jelata dok mengeluh bukan kerana subsidi atau penyakit...tapi pasai apa harga gula naikkkk..Subsidi kee...penyakit ke...itu hal lain..ni harga gula sudah naik maaa...lain barang pun pasti akan ikut naik harga juga..

Dah tau masalah ni akan timbul..kenapa tak dicari kaedah supaya Malaysia tak payah dok import gula dari luar negara..

Tu ladang gula di Chuping (Perlis)..Padang Terap (Kedah) dan dilain-lain tempat dalam negara dok ada macamana ? Mungkin tak cukup penghasilannya untuk menampung keperluan dalam negara..tapi kenapa tak di tambahkan kawasan perladangan tebu atau lain-lain tanaman untuk menghasilkan gula.?

(KUALA LUMPUR - Ketika kenaikan harga gula mulai Jumaat lalu mendapat pelbagai reaksi, sebuah syarikat tempatan bercadang membuka ladang terbesar dan pusat pemprosesan bioteknologi menggunakan tumbuhan herba 'stevia' secara komersil.)
http://en.wikipedia.org/wiki/Stevia

Stevia rebaudiana flowers


Payah sangat ke nak buat..sedangkan banyak projek Kerajaan yang bernilai berbilion Ringgit boleh dibuat tapi tak menguntungkan kepada rakyat pun...macam tajaan untuk kereta lumba F1. Koridor sana koridor sini..yang dah berjuta-juta ringgit dibelanjakan..

Alahai...kata Malaysia ni boleh..hebat..advance..stabil ekonominya..bab gula yang kecik ni pun masalah...Power juga yee bab gula ni.

Power kepada syarikat kee...power pada kerajaan kee...power pada penyakit kee...atau power pada poket kee ? tapi rakyat masih ramai yang belum tau guna power undi..Lawak bodoh dah berlangsung berpuluh tahun dah..tapi masih dok macam tu juga kita ni..

Pakat-pakat le guna power yang ada tuu untuk tukar orang yang boleh diberi Power yang bukan berserah kepada usaha dan suasana semasa, tapi berusaha dan berserah kepada Yang The Most Powerfull untuk menjaga kebajikan rakyat jelata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda