05 Januari, 2010

Cerdik tak Boleh Tumpang......

 
"Patutkah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah? (Tidak, bahkan kalau ada) maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kebaikan kepada manusia." 
( An-Nisa2 :53 )


  "Atau Patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? kerana Sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan Kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar." 
( An-Nisa': 54 )

         Kes ni nampak gayanya akan jadi macam kes Kota Siputeh juga kot..Fail untuk tangguhkan keputusan mahkamah jee..Lepas tu mahkamah terima sat...kemudian pihak Gereja failkan balik..pi mai pi mai tang tu juga..Aku takut akhir sekali depa boleh guna. Bukan apa sangat aku ni..kalau dilihat pada beberapa fakta yang ada, aku rasa mahkamah akan putuskan depa boleh guna.

1.  Dalam penghakiman lisannya, Lau berkata, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan selaku responden pertama dan kedua gagal mengemukakan bukti bahawa penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan Herald boleh mengancam keselamatan negara dan menimbulkan salah faham serta kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini.

2. Beliau berkata, Herald mempunyai hak dari segi perlembagaan menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya untuk menyebarkan agama Kristian kepada penganutnya selaras dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa agama lain selain Islam boleh diamalkan dengan aman di negara ini. 

3. Lau mengakui berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah' kepada orang Islam untuk penyebaran agama, tetapi ia boleh digunakan untuk bukan Islam bagi tujuan penyebaran agama kepada bukan Islam.

4.  Persoalan..apa hak KDN dan Menteri Dalam Negeri terhadap perkataan "Allah"?. Ia bukan satu perkataan atau nama yang didaftarkan sebagai "Hak Cipta" atau Trade Mark sapa-sapa jika mengikut undang-undang. KDN adalah hanya satu Kementerian saja dalam Kerajaan Malaysia dan Menteri tu hanya seorang yang mempunyai kuasa menguruskan Kementerian tu saja. Menteri pula bukan ada kuasa veto terhadap sesuatu kalau mengikut undang-undang.

5.  Perkataan "Kerajaan": Kalau dirujukkan kepada Erti perkataan ni pula : Ia merangkumi Tanah Air, penduduk dan pemimpin. Bila ada ketiga-tiga unsur ni maka boleh la dikatakan Kerajaan. Pemimpin pula tentulah yang dipilih oleh penduduk. Jadi persoalan akan timbul tentang apa hak dan tanggungjawab seorang Pemimpin / Menteri pula.

Dari sudut lain pula, ada berbagai telahan yang dibuat.  Ini adalah sebahagian yang dinyatakan oleh seorang penulis:
http://kedahlanie.blogspot.com/2010/01/penulis-tamu-zolkharnain-abidin-ada.html

Dengan semua itu, masih ramai lagi orang Islam yang menjadi sibuta meraba gajah?
Kita boleh marah kepada orang bukan Islam menuntut apa yang mereka anggap sebagai hak mereka, tetapi adakah kemarahan kita itu menguntungkan Islam atau kemarahan itu menjadikan wajah Islam semakin hodoh?
Wajah Islam bukan menjadi hodoh kerana diconteng oleh orang bukan Islam yang menuntut apa yang mereka anggap sebagai hak mereka, tetapi menjadi hodoh kerana orang Islam sendiri. Dia menyangka dia menyolek Islam dengan tindakannya, pada hal dia menconteng arang ke muka Islam.
Lupakah kita kepada penjelasan al-Quran bahawa Allah akan mengganti kaum lain sebagai pembawa Islam sekiranya kaum yang sedia ada tidak lagi berkemampuan membawa Islam?
Apa kita ingat Islam adalah hak mutlak orang Melayu? Atau, kita syok sendiri kerana dilahirkan sebagai orang Islam? Atau, kita ingat Islam adalah hak mutlak dan ekslusif orang Islam sahaja?

Atau dengan kes ini juga akan memberi ruang kepada umat Islam di Malaysia agar menjadi manusia yang lebih pro aktif dalam berfikir dan mengambil sebarang keputusan atau tindakan.

Kalau dilihat dari sudut lain pula..apabila kes ini berlaku, ia menunjukkan bahawa pemimpin yang beragama Islam yang mempunyai kuasa sejak dari merdeka telah gagal dalam menjaga Islam itu sendiri.Pemimpin-pemimpin ini tentu sekali terdiri dari pemimpin Umno yang menjadi PM, Menteri, timbalan Menteri dan sebagainya dan termasuk juga dikalangan Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan.

Firman Allah yang bermaksud :

  "Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka Dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka Dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?" (Al-An 'Am : 6)


Mereka tidak meminda Perlembagaan Negara semasa kedudukan Islam atau orang Melayu merupakan pendudukyang teramai di Malaysia (lebih dari 80%) pada ketika itu. Mereka gagal melihat masa hadapan ataupun mereka memang gulungan yang "Cerdik tetapi tak boleh tumpang dan Bodoh tak dengar cakap" atau mereka memang gulungan yang tidak menghayati atau mencintai Islam.Mereka hanya gulungan yang mencintai poket atau kedudukan mereka sendiri.

Firman Allah yang bermaksud :

   "Bertanyalah (Wahai Muhammad): "Hak milik siapakah Segala yang ada di langit dan di bumi?" katakanlah: "(Semuanya itu) adalah milik Allah. ia telah menetapkan atas dirinya memberi rahmat. Demi Sesungguhnya ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya". orang-orang yang merugikan diri sendiri (dangan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman." (Al-An'Am : 12 )


Dalam kes ini.....Salah sapa sebenarnya ? Salah pemimpin atau salah rakyat yang memilih pemimpin.
Fikir-fkirkanlah...Semua orang gila Power...Tapi ada orang yang tidak tau menggunakan Power.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda