10 Januari, 2010

rakyat mangsa umno....


Siappppp.....



Pelancaran program Umnoooo juara Rakyat telah dibuat oleh Presiden umnooooooo semalam.Dengar cerita habis juga RM 2 juta dibelanjakan untuk program tersebut. Hebat dan gah seluruh negara dengan disiarkan  ucapan presiden parti itu melalui tv....entah berbayar atau pun tidak. Kalau nak dikatakan berita..panjang juga...kalau iklan lagi bukan. Hanya mereka yang terlibat je yang boleh menjawabnya..

Program Umno Juara Rakyat akan diteruskan sehingga pilihan raya umum ke-13. Kempen Umno Pengkhianat Rakyat pula akan dilancarkan pada Seminar Penerangan Isu-isu Semasa PAS di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam.Ditanya mengapa lokasi di kawasan Hulu Selangor dipilih untuk majlis perasmian program itu, Dato' Ahmad Mazlan berkata ia adalah permintaan Perdana Menteri yang ingin turun padang bertemu masyarakat.
“Kita nak elakkan program Umno hanya bertumpu di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur) sahaja, kita nak anjakkan ke kawasan pedalaman kerana permintaan Datuk Seri Najib yang ingin turun padang,” katanya.
Ahmad memberitahu program itu membawa maksud parti itu menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan membangunkan rakyat dan sentiasa di barisan hadapan membela dan menyelesaikan masalah rakyat.
“Program terbesar Umno itu pada tahun ini juga bermakna Umno berusaha menjadi nombor satu di dalam hati dan minda rakyat dan rakyat menjadi nombor satu dalam perjuangan Umno, kalau ada masalah apa-apa Umno yang datang dulu turun padang menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Betul kah apa yang dinyatakan oleh Ketua Penerangan umnooo nii.

Bagi PAS pula...

Harakah Daily) - PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam. Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan disemua peringkat telahpun diminta bersedia untuk mengerakkan kempen  tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno.

"PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno.

"Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan.

"Kaum Cina, India dan lain-lain bangsa juga semakin menjauhi Umno yang kini menjadi diktaktor dalam BN dan menjadi pemimpin defacto kepada parti-parti bermasalah seperti Gerakan, PPP, MIC dan MCA," katanya.

Sehubungan itu semua Ketua Penerangan PAS negeri diminta supaya berkerja keras untuk memastikan Umno dapat ditumbangkan dikubu-kubu kuat mereka pada Pilihanraya ke-13 nanti.

Lajnah Penerangan PAS Pusat juga jelasnya sudah menyiapkan buku kecil yang menjelaskan umno khianat kepada Islam dan Melayu di negara ini.

Pakat-pakat fikir le...buat penilaian sapa jadi juara...Lihatlah sejak 52 tahun lalu..sapa jadi mangsanya.Pada aku umnooo nak jadi juara rakyat...dengan rakyat jadi mangsa umnoooooo..Semuanya kerana Kuasa/Power.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda