10 Februari, 2010

Baru dan lama...


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8Q2nYcmV_Rt3oWy4SgnxJaecJZynse9XE-GiZvntDZz6TWTqzM6KrHvX0_unvbqUbOScNHLq0ptdi9FkMbh6TQyyy4FICKlto-uHOh7vCorQJb-URYluTMufAcQ2zlBAODQjAIhdlWXI/s400/Gambar+Lama+rumah+2.jpg

         
Pesrsoalan untuk dijawab..
Silalah beri jawapan apakah perbezaan antara Pokok getah yang berumur 2 tahun dengan yang berumur 50 tahun ?
         Tentu banyak perbezaan...macam juga pokok padi berumur 2 minggu dengan yang berumur 2 bulan.
Bercerai dengan umno dan kemudian rujuk semula pun berbeza juga keadaannya. Umno baru dengan umno lama pun berbeza juga pendekatannya. Perdana Menteri dengan bekas Perdana Menteri pun berbeza juga cara hidup dan cara cakapnya.                           
Begitulah kehidupan..La ni umnooo dan Bee ENDDDD pun berbeza juga...bila kalah banyak semasa PRU 12 dulu. Begitu juga PAS,PKR dan DAP bila dah menang lebih banyak dari dulu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDX4rz1Ye_Ohekk4EuA3Ncc3SXR4kCbjvTYoc0KCL97sn-az17i-WQnH6MhdtIJSLsyuceMtKD2tCyTH-jVAKTG2yrQiR-C4LSNGsSfNFs5r6N2gV7JNaqIcoAenoTbb7-g0r7n7fxTDxk/s400/Rumah+Ketua+Pemuda+UMNO+Sabah,+Japlin.jpg

                                  Rumah zaman la ni.

Tertarik aku dengan apa yang mantap PM TD katakan tentang PAS dan PR dalam majlis umnooooo di Kulim yang diadakan disebuah sekolah baru-baru ni...seperti dibawah.

Kerajaan PR tidak cekap: Mahathir

KULIM - Bagi terus memperkasakan bangsa Melayu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turun padang dan menjayakan Program Mesra Rakyat yang diadakan di Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim (PBSK).

Program yang dihadiri lebih 500 orang ini dianjurkan UMNO Bahagian Padang Serai dengan jayanya.

Dalam ucapannya, beliau berkata, sepanjang 53 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah Kerajaan Pusat, keadaan ekonomi negara dilaporkan stabil yang mana semua rakyat berbilang bangsa dapat hidup dalam keadaan sempurna selain menikmati pembangunan pesat.

Beliau tidak menafikan berlaku sedikit perselisihan faham antara parti komponen namun semua ini dapat diatasi dengan baik melalui perbincangan.

“Masalah dalaman antara parti merupakan satu perkara biasa tetapi sejak Parti Perikatan ditubuhkan, kita mampu memerintah dengan baik dan kemakmuran dapat dikecapi semua.

“BN tetap mentadbir dengan baik. Tetapi setelah BN kalah dalam pilihan raya umum (PRU) pada 2008, kerajaan masih dapat ditubuhkan tetapi ia merupakan sebuah kerajaan yang lemah. Ini berlaku kerana wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli parti dan pengundi mengakibatkan mereka memberi sokongan mereka kepada calon parti lawan,” katanya.

Menurut beliau, punca utama mengapa lima negeri jatuh ke tangan pembangkang adalah kerana sikap penyokong parti yang tidak keluar mengundi.

Beliau mendakwa parti pembangkang tidak mampu memberikan manfaat kepada masyarakat.

Katanya, sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) meminta rakyat memberikan kepercayaan kepada mereka untuk memerintah dan kini ternyata PR tidak mampu menerajui kerajaan dengan baik selain tidak cekap dalam menguruskan hal ehwal Kerajaan Negeri yang diperintah mereka.

“Parti pembangkang tidak bertindak cekap dan ia tidak mendatangkan sebarang faedah kepada kita. PR tidak berupaya memerintah dengan baik khususnya di Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kelantan dan Kedah.

“Mereka tidak mampu melaksanakan pembangunan terhadap negeri yang mereka terajui.
Rakyat memberikan kuasa kepada PR untuk membuat pembangunan tetapi sehingga hari ini mereka masih gagal,” katanya.

              Kalau kita bandingkan antara yang berumur 2 tahun dengan 50 tahun tu, tentu banyak perbezaannya. Tapi kalau kita amati kenyataan pemimpin umnoooo dan TD sendiri dari dulu hingga kini tak berubah-rubah..asyik dok kata PAS dan parti lain yang bersekongkol dengan bee endddd tak pandai memerintah dan seumpamanya yang teruk. Tentang umnooooooo bee enddd ok saja dulu,kini hingga selama-lamanya biarpun berbillion RM lenyap dan berbagai penyalahgunaankuasa dan penyelewengan dilakukan. Contoh...ucapan pemimpin umnooo bee endd lepas kes Perak semalam..."Masa untuk bersatu,bekerja untuk untuk rakyat Perak tanpa mengutamakan fahaman politik." Tang depa macam tu depa kata..tang PAS dan PR macam lain depa kata...cuba la kata " Kita kena terima hakikat keputusan yang telah diberi oleh rakyat masa PRU..dan kita mesti bekerja untuk rakyat " macam Menteri Besar Kedah berkata semasa sidang Dewan Negeri Kedah akhir tahun 2008 dulu. Tapi nak heran apa pula dengan kenyataan begitu..inilah politik..rakyat yang nak pangkah undi mana-mana parti kena la pandai-pandai tengok la ni...jangan pandai dengar cakap pemimpin saja tanpa pandai mempertimbangkan dari sudut pelaksanaan sesuatu dasar didalam sesebuah negeri.

http://4.bp.blogspot.com/_XFNoCcMKdR8/SPlPTIRIXpI/AAAAAAAAA7k/4ez67Km86gY/s400/Copy+of+100_1891.JPG
        Kalau kita lihat pada kenyataan TD diatas pun dah boleh buat penilaiaan...(bagi yang mau pikiaq lebih jauh)....nak ukur perbezaan yang berumur 2 tahun dengan 53 tahun...lawak...lawak..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkzcd0HiFS4lprwzkBsNGC7GgXfBbmfHa1sNXXmqCN0L2F6hyvU9EhAvL-ap7HEGeKoLovRQVfxgvFhaZhph4O6Yji-ZQTTBgbLTXjLIF5frR0jx4v41sCduR0-QGBV6zvty0lD_p4iVJX/s400/Kongres+pertama+UMNO.jpg
       Dulu, masa kita baru merdeka...macamana ?...Lepas 2 tahun merdeka macamana ?..Laa lepas 53 tahun..tentu la banyak perbezaan sesuai dengan usia tu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjW4grg7UXW-CuCMDts_DAs3JJtS0vu2xlQoWcNTNrUinicW7LArKmpRKz0G-9oWY75ONA8jadiBfOYywjtJaa_xgaufSSfQ5PbCXFEFmIfeieJ58HZvNqJt-Juvuct8LixDmshjFcEGv5Z/s400/demonstrasi.jpg
                                                     Gambar sebelum merdeka
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhf1WYn5pA43-7JffR5LW9BZMQEiHinlMEoPJwgMYbHXM9A1SUvaYylG7rubENqG259GwMrhxaoa65Juv9Zkq50MCW1p9gsyGOqptJ8gv_WB3PNbFMGtGdnTS_9FZatAuLTIRHk5eKNfyo/s1600/gambar+penyokong+anti-ISA+1.jpg
                               






 Gambar dekad ini.



Yang tak banyak beza..tentang umnooooooooo jeee....salahguna hak awam atau kerajaan untuk kepentingannya saja.

Hangpa kena pandai guna POWER mata untuk melihat, POWER telinga untuk mendengar dan POWER minda untuk berfikir sebelum guna POWER tangan untuk memangkah.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEirTqUJzA4Bv53zPKXxzrXpqmubIH5su4IfUBMYxilcq5g1UVtOeTL9dBLyngnrVmDvcgxQu90k173cuMewzZMMQrq-kXIVOF_SEt76fiXeB0C7KFwG-E-8Is4HNGAP1MYNKSjZ9DtynuZi/s400/IMG_0105.JPG    http://i349.photobucket.com/albums/q400/alphastable2/mahathir-2-1.jpg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda