05 Mei, 2010

Umno...Otak bersimpoi..kata berbelit..

Hai lama juga dok menyepikan diri aku ni..sampai ada kawan-kawan yg dok kejan suruh tulis masuk blog aku ni.Aku kata tak dan..sibuk...sampai tak tau nak tulis apa..tapi hari ni aku tulis juga laa...sebab tertarik dengan gelagat umno be end.

La ni di Kedah depa dok sibuk dengan soalan YB Nasir Mustaffa dlm sidang DUN Kedah baru-baru ni yang berkaitan dgn kuasa sultan dan had kuasa kerajaan pusat dlm hal agama...itu jee..soalan yg ringkas dan padat..budak sekolah pun boleh faham..tapi umno dok kira kata itu mempertaikan kuasa Sultan pula...apa la punya otak macam ni..bersimpoi-simpoi keee...patut pun orang melayu umno masih berfikiran ditakok lama.

Persoalannya disini, aku nak tanya juga...salahkan seorang rakyat atau bukan rakyat Kedah atau Malaysia bertanya untuk mengetahui perkara-perkara berkaitan kuasa seseorang Sultan atau Menteri ? Derhakakah seorang anak jika bertanya kpd bapa atau ibunya tentang apa yg dibuat oleh mereka dlm mengurusi rumah tangga dan keluarga mereka ?

Apa yang aku nampak..otak umno ni dok gitu jee dari dulu hingga kini...tak berubah jadi lebih baik pun..makin teruk ada laa...boleh ambil contoh mudah jee...yg kata otak dan tindakan org umno ni tak berubah...dulu masa menuntut kemerdekaan org Melayu guna masjid dan surau untuk bercakap tentang perjuangan ini selain dari hal agama. Kemudian selepas merdeka org melayu masih menggunakan dewan orangramai, masjid dan surau untuk bercakap tentang mengisi kemerdekaan...kemudian apabila zaman sudah berubah, org melayu mula bercakap tentang berbagai aspek diberbagai tempat...parti-parti politik pula menggunakan berbagai pendekatan untuk menarik sokongan rakyat..Dalam mencari sokongan ni..umno terus guna dewan orangramai,siaran radio dan tv hak milik kerajaan (bukan milik parti) dari dulu sampai sekarang. Ada dewan orangramai diatas tanah kerajaan dan dibina dari duit kerajaan digunakan sampai sekarang sebagai pejabat umno atau pejabat pemimpin umno atau kegiatan umno. Pihak parti lain khususnya yg dipanggil pembangkang tak boleh guna. Ohhh malas dah nak bercakap bab zaman ni..

Lebih baik kita bercakap macam mana nak ajak anggota masyarakat supaya mempunyai minda yang berfikiran jauh..menggunakan minda dan perasaan yg ada untuk menilai sesuatu perkara dengan rasional atau hujjah atau fakta yang jelas dan bernas dan bukan mengajak mereka untuk terus berada dalam zaman sebelum ini. Dizaman dulu para pemimpin melayu sering berkata " Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah"...jadi dimana pula kata-kata ini hendak diletakkan sekarang ? Kerana sekarang Raja atau Sultan bukan lagi pemerintah mutlak kepada negara atau negeri. Semua dasar negara atau negeri ditentukan oleh Perdana Menteri dan anggota kabinetnya atau Menteri Besar/Ketua Menteri dan anggota Exconya. Sedangkan kuasa para Sultan atau Raja telah dihadkan sejak zaman penjajahan British yang kemudiannya diteruskan hingga kesaat ini dengan berbagai pindaan. Siapakah yang bertanggungjawab meminda dan meluluskan perkara yang berkaitan bidang kuasa ini ? Sudah tentu pemimpin umno dan  bn yang menggunakan kata "MANDAT RAKYAT" yang diperolehi melalui pilihan raya.

Tindakan umno sekarang seolah-olah mengajak rakyat untuk kembali kebelakang yang sudah rosak angkara mereka sendiri.Bagi aku pemimpin umno ini adalah gulungan yang "hipokrat" tidak berpendirian dan tidak berprinsip.

Mai kita tengok perihal hidup sang haiwan..singa,harimau atau sebagainya..kalau berebut nak jadi ketua kumpulan...siketua yang sediada atau pencabarnya akan berlawan sesama depa saja tanpa mengajak pengikut depa dalam kumpulan tu untuk mempertahan atau merampas kedudukan Ketua.Mana yang kalah akan membawa diri mencari koloni lain untuk dikuasai atau kalau yang tua membawa diri dan mati keseorangan. Itulah hakikatnya kehidupan yang perlu direnungi dan diambil iktibar dari setiap yang dijadikan oleh Allah yang Maha Pencipta dan The Most Powerfull.

Aku nak pinjam kata-kata dalam iklan di tv.." Dunia sudah maju zaman sudah berubah"...Pakat-pakat pikiaq laaa....PAS pun bukan macam dulu.

2 ulasan:

  1. Perjuagan PAS adalah lebih baik dari umno/bn yang sering memperbodoh dan menakutkan rakyat terutama orang melayu seperti kamu. Tidak terfikirkah oleh kamu bagaimana khurafatnya umno/bn telah menyesatkan pemikiran orang melayu iaitu tiada kumpulan lain mampu mentadbir negara selain umno/bn. Lihatlah secara rasional bagaimana negeri yang ditadbir oleh PAKATAN RAKYAT lebih berkemampuan dari segi kawalan kewangan dan kebajikan kepada rakyat. 5o tahun lebih umno/bn menjadi pentadbir negara, yang boleh dibanggakan hanya PEMIMPIN YANG RASUAH DAN KORUP. Kalau disebut RASUAH umno/bn adalah juaranya.

    Tidakkah kamu terfikir dosa yang dilakukan oleh arwah Tun Razak meluluskan Pusat Perjudian Genting. Saham dosa ini terus mengalir ke kuburnya di Masjid Negara. Mampukah bacaan Yassin dan tahil setahun sekali untuk menghapuskan dosa-dasa ini. Betapa kerosakkan yang telah ditimbulkan dari kelulusan tempat ini? Apakah yang diharapkan sangat dari anak-anaknya (Najib dan adik beradiknya) yang darah daging mereka adalah hasil tersebut.

    Siapakah yang meluluskan dan merasmikan kilang arak di Shah Alam. Jawapannya ialah Bekas Ketua Pemipin UMNO. Arak adalah punca segala maksiat.....

    Bagaimana rosaknya sistem kehakiman di Malaysia hasil kerja tangan pemimpin tersohor umno/bn. Malah dihunjung hayatnya masih tidak insaf dan mengenal taubat erti taubat!!. Di era beliaulah yang telah menghapuskan bantuan per kapita kepada sekolah-sekolah agama ? Zaman penjajah pun tidak disentuh perkara ini, tetapi zaman umno/bn mereka tergamak membatalkan bantuan atas dasar dendan kesumat yang tidak pernah padam.

    Kalaulah tidak kerana MENIPU dalam pilihanraya jangan haraplah umno/bn boleh memerintah.

    Semasa era umno/bn memerintah selangor keadaan masjid dan surau suram tidak berfungsi. Masjid tersergam indah namun kosong dari segi pengisiannya. Lainlah kalau kamu tidak suka akan perkembangan ilmu untuk bekalan kita di akhirat nanti. Pemikiran yang tidak suka kepada berkembangan ini adalah hasil suntikan kebodohan pemimpin umno/bn kepada orang melayu/islam.

    Saya rasa yakin dan percaya jika PR memerintah Malaysia angka indek rasuah dapat diturunkan, kebajikan rayat lebih sejahtera, harga barang dapat distabilkan, pengagihan ekonomi yang lebih adil, harga petrol dan bahan bakar diturunkan, sistem kehakiman yang lebih telus dan adil dan menahan & mendakwa mereka-meraka yang selama ini terlepas dari pendakwaan pembuhahan, penyelewengan dana negara dan lain-lain.

    BalasPadam

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda