16 Jun, 2010

Katak sudah menurun...hujan sudah turun.

Penggal ini rakyat Malaysia menyaksikan satu fenomena baru dalam landskap politik negara. Bermula dari perubahan minda dan sokongan rakyat kepada parti-parti politik semasa PRU 12 hinggalah saat ini dengan peristiwa lompat melompat oleh beberapa orang wakil rakyat yang telah dipilih oleh pengundi.
 
Sebermula dari di Perak hingga tersungkurnya kepimpinan PR kepada bn,kita menyaksikan rentetan peristiwa satu persatu dengan berbagai alasan. Al-kisah sikatak yg melompat, ada yang berkata..kami mahu jadi spesis yang lebih baik dari spesis sekarang yang hidup berkubang penuh dengan selut dan lumpur. Maka dilompatnya menyertai spesis satu lagi yang dikatakan bersih sedangkan spesis itu juga telah lama hidup dikubang dan lopak. Ada sikatak yang kata kehidupannya kini didalam kelompok ini membuatnya menjadi kepanasan dek kekeringan,maka dilompatnya menyertai spesis yang hidup didalam kawasan berair yang basah dan banyak agar sejuk tubuh badannya.
               Ada juga sikatak yang melompat ini berkata, spesis yang aku sertai ini asyik berbunyi menunjuk hebat untuk menyaingi kelompok lain. Maka ku lompat menyertai spesis yang satu lagi yang memang asyik berbunyi sejak berkurun dulu untuk menunjukkan gahnya dengan berbagai warna badannya.
             Ada juga sikatak yang berkata...aku sudah tidak percaya kepada kelompok ini kerana ketuanya tidak boleh dipercayai dan disertainya spesis yang dikatakan ketuanya boleh dipercayai sedangkan lumrahnya spesis tersebut memang mempunyai sejarah ketua yang lebih dasyat kelentongnya.
            Alahai...dunia katak..umpama kehidupan yang tiada prinsipnya.Tiada kata " Membujur lalu melintang patah" dugaan dan cabaran hidup samada susah atau senang pasti kuharungi.Tiada lagi kata " Patah sayap bertongkatkan paruh,namum terbang ku terbang jua". Akhirnya pengundi menjadi kecewa,maka akan hilanglah keprcayaan mereka terhadap gulungan sikatak. Manalah maruah dan harga diri mereka yang bergelar YB yang menjadi katak.Apakah bodohnya mereka untuk menilai sesuatu sebelum menerima sesuatu atau memang gulungan ini gila jawatan dengan mengharapkan habuan jika bergelar Yang Berhormat atau memang mereka ini bodoh walaupun berkelulusan tinggi.
             Sebagai manusia yang berakal,tidak semestinya yang berkelulusan tinggi itu cerdik dan tidak semestinya yang berkelulusan rendah itu bodoh. Cerdik adalah anugerah tuhan Yang Maha POWER, bodoh juga anugerahNya. Justeru itu, dalam menyusuri kehidupan, kita perlu pandai menggunakan akal tanpa meninggalkan pedoman anugerah Illahi..Ingatlah bahawa Islam telah mengajar penganutnya agar " Tinggalkan orang-orang yang bodoh." kerana orang yang bodoh jika diajar bagaimana sekalipun tetap akan kekal bodoh,tidak dapat memahami atau mengerti tentang sesuatu yang memerlukan penelitian yang lebih jauh.
Hai katak pisang..katak puru...katak bukit...
Hidup engkau melompat-lompat. 
Lompatlah engkau kemarata tempat
Hingga sampai kesuatu tempat

Nak lompat kemana ni haaaaaaaahhhh....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda