16 Jun, 2010

Sabung Pak Pandir

Dalam kesibukan masalah ekonomi negara yang semakin teruk, kini kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan DSNR telah melancar RMK 10. Negara dikatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan akan menjadi MUFLIS pada tahun 2019 iaitu setahun sebelum Malaysia menjadi Negara Maju seperti yang diletakkan oleh mantan PM yang teramat lama TDM.
Negara dijangka muflis kerana terlalu banyak SUBSIDI untuk rakyat..jadi subsidi ni perlu dipotong..Kata menteri dan para penyokong be end..Betul atau tidak kenyataan ini ? Hanya rakyat yang berfikir dapat memberi jawapannya.

Apapun dalam keadaan sekarang ada beberapa cadangan kerajaan yang melibatkan pertahanan negara.
1. Pembelian jet pejuang baru untuk kegunaan TUDM.
2. Pembelian Kereta Perisai Pengangkut Personel untuk kegunaan TDM.
3. Penjualan lapangan terbang Sungai Besi untuk tujuan pembangunan.

Perkara ini telah menarik minat rakyat yang peka untuk mengkaji dan memberi pendapat terhadap kerajaan. Aku pun rasa terpanggil juga nak komen bab ni.

1. Bab Jet Pejuang..dah dikomen sebelum ni.
2. Bab nak beli APC baru.
                         Kata menteri Pertahanan nilainya RM8b untuk sebanyak 267 buah APC, tapi kerajaan masih mengkaji nak beli kat mana atau kat sapa.Syok juga ni..Dulu seingat aku Malaysia sudah mempunyai APC yang besar saiznya dikenali sebagai SIBMAS.
Kenderaan APC Sibmas ni tak lama mana pun digunakan oleh TDM kerana banyak masalahnya. Bila bergerak atas jalanraya kekawasan operasi alamat kenderaan lain kena ketepi la sebab Sibmas telah memenuhi 3/4 saiz jalanraya. Nak guna dalam kawasan hutan atau belukar pun susah..Apalagi nak turun dalam sungai di Malaysia alamat tenggelam disitu lee..sebab sungai kita berselut.
Sekarang kerajaan cadang nak beli lagi APC beroda 8..alahai lagi besar dari SIBMAS tu..

Ni MOWAG








Ni PARS.



Yang ni pula PATRIA




Banyak dah kerajaan Malaysia ni beli kelengkapan pertahanan.Antaranya;
* APC Kondor; nasib macam Sibmas juga.
* Skyhawk : entah dimana selebihnya.
* Senjata Styyer : Jadi senjata untuk kawad jee.
* Kapal Selam : dah tak boleh selam.
 
 Dari satu sudut bagus juga untuk pertahanan negara...tapi dari banyak sudut aku rasa tak sesuai juga APC begini digunakan dlm negara.Lebih digunakan kenderaan kombat yang lebih kecil dan mudah untuk bergerak sesuai dengan bentuk mukabumi Malaysia. TAK BESAR tetapi BANYAK. Boleh digunakan secara HIT n RUN.

Nasib le rakyat Malaysia..ada pemimpin kira dok jadi macam meriam buluh jee.. Bila nak berubah ??????
Dalam hal pertahanan semua negara mahukan senjata dan kelengkapan yang POWER..Dalam Islam tiada guna segala senjata dan kelengkapan yang power sekiranya kekuatan itu tidak bersandarkan kepada The Most Powerful One...Allah The Almighty.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda