17 Januari, 2012

Aman yg tak selamat..

Negaraku Amannnnnnnn....??????????????

"Saya rasa selamat apabila melihat anggota polis ada dimerata tempat"..Itu kata seorang warga kita yang ditemuramah oleh pemberita.Begitu juga dengan pelancung luar.
Wah berbangganya depa dengan perkhidmatan PDRM ini...hinggakan rasa selamat.boleh keluar rumah hingga kepagi...atau duduk dirumah bersantai lena nyenyak hinggakan dimasuki pencuri atau perompak.
Lantaran tranfomasi negara, maka timbullah pula rondaan bersama Polis dan ATM ditengah bandar...untuk menjamin keselamatan penduduk.

Maka banyak juga le kenyataan para pimpinan negara serta polis tentang tugas mereka itu..antaranya.

Polis dan ATM ronda cegah jenayah di Pulau Pinang

25/07/2011 8:51pm

GEORGE TOWN 25 Julai - Program Rondaan Bersama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilancarkan di negeri ini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kerjasama strategik antara polis dan tentera itu akan dilakukan pada sebelah siang untuk pencegahan jenayah menerusi rondaan jalan kaki, rondaan berkereta, ops payung dan sekatan jalan raya.
Beliau berkata, daerah Barat Daya Pulau Pinang merupakan daerah keenam dipilih selepas kejayaan program itu di Taiping, Ipoh, Port Dickson, Seremban dan Kota Bharu.
"Masyarakat perlu tahu adanya sistem rondaan polis bersama ATM dan kami yakin dengan adanya program seumpama ini akan dapat mengurangkan kadar jenayah di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kemasyarakatan PDRM dan ATM Rondaan Bersama Mencegah Jenayah di sini hari ini. - Bernama

APAKAH AMAN BAGI SESETENGAH RAKYAT ITU..HANYA APABILA TIADA PEPERANGAN..HURU HARA ANTARA KAUM ATAU DEMONTRASI ?
Kalau beginlah rupa pemikirannya,alangkah bahagianya pemimpin umnooo be end kerana rakyat sendiri TIDAK TAHU pengertian AMAN yang sebenarnya.
Padahal setiap hari ada saja berita tentang ROMPAKAN,PEMBUNUHAN,ROGOL,PENCABULAN,PENDERAAN didalam negara kita yang kecil ini.

Woii...hangpa kena faham sebaliknya pula,bila polis ada dimerata ceruk tempat..tu laa maknanya negara kita tidak AMAN belum SELAMAT dari jenayah...ada faham? Ni besi tutup lubang kumbahan pun kena kebas....Handphone pun kena rembat kalau dok letak atas meja masa makan kat kedai..Rumah yg cantik,besar atau kecil pun kena buat pintu besi tambahan..Lembu pun lesap....AMAN ke GINI..?


Apapun situasi ini menggambarkan bahawa DASAR Pemerintahan yg ada GAGAL untuk mengwujudkan keamanan jiwa kepada seluruh penduduk negara..DASAR ini sudah tentu merangkumi semua aspek.antaranya..Dasar Pendidikan..Dasar Sosial..dasar Hiburan..Dasar Perundangan..Dasar Pembangunan DAN MACAM-MACAM DASAR LAGI LAH.

Jadi, pakat-pakat TEBAS otak sikit  bagi cerah untuk fikir.Jangan dok kira kalau tak ada peperangan,demontrasi maka AMAN le kita.
Macamana nak bagi AMAN ?...tunggu hari lain pula le aku cerita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda