17 Januari, 2012

Dajjal nak mai dah......

Berita panas dan menakutkan...aku tak dengar pun berita dari radio atau tv Malaysia..Mungkin aku lena masa siaran berita tu...hahhaha

Gi baca sendiri kat sini : http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/

Jika benar apa yang berlaku..kena pakat-pakat TEBAS otak lagi...apo kebendenye yang berbunyi tuu...Entahlah..yang aku tau Dunia semakin tua...kiamat semakin dekat..Yg dok kerja menipu,kena berhenti menipu le...bertaubat sebelum terlambat...yg dok buat dosa Dedah aurat setiap masa pun kena bertaubat...yg solatnya sekejap ada sekejap tiada pun kena bertaubat...Mulakan hidup baru kita dengan Islam yg Syumul..


Daripada Tamim bin ‘Aus ad-Dari r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: mafhumnya;
“Din itu adalah nasihah (diulang tiga kali).” Kami (sahabat-sahabat) bertanya, “Untuk siapa, wahai Rasulullah?”. Jawab Baginda, “Untuk Allah ‘Azza Wa Jalla, untuk kitab-Nya, untuk Rasul-Nya SAW, untuk barisan kepimpinan ummah Islam dan untuk ummah Islam seluruhnya.” (Hadith Riwayat Muslim)
Kepentingannya
Hadith ini mempunyai kedudukan yang amat tinggi sehingga Abu Daud telah menjelaskan dengan katanya, “Ilmu Fiqh bersekitar atas lima hadith, iaitu:
1.   hadith: “Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas...”,
2.   hadith: “Tiada  kemudharatan dan tiada sesuatu yang boleh memudharatkan.”,
3.   hadith: “Sesungguhnya  setiap amalan itu bermula dengan niat...”,
4.   hadith:  “Apa yang aku larangkan terhadap kamu daripada melakukannya maka jauhkanlah.”,
5.   hadith: “Apa yang diperintahkan terhadap kamu melakukannya maka lakukannya sedaya upaya kamu.”.
 
Mengikut Imam al-Hafiz Abu Naim bin Abdullah bin al-Asbahi, seorang muhaddith dan sejarawan, menyatakan: “Bagi hadith ini suatu kedudukan yang begitu besar.”  Sementara Muhammad bin Aslam at-Tusi pula menekankan dengan katanya: “Bahawasanya salah satu daripada seperempat mengenai ad-Din.”
Sesungguhnya penekanan yang diulang-ulangkan oleh Rasulullah SAW. pada perkataan an-Nasihah sebanyak tiga kali menunjukkan an-Nasihah amat penting dalam Islam. Ia dianggap jauhar (intisari) ad-Din.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda