23 Januari, 2012

Cabar memanjang..Umno(Baru) vs DAP

 Pemuda BN cabar DAP buktikan ramai ahli Melayu

23/01/2012 6:15pm

IPOH 23 Jan. - Pemuda Barisan Nasional (BN) mencabar kredibiliti pemimpin DAP agar mengemukakan lebih ramai ahli daripada kaum Melayu bagi membuktikan parti itu sebagai sebuah parti berbilang kaum.
Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, kemampuan DAP yang hanya mengemukakan tiga orang ahli Melayu tidak boleh membuktikan kewajaran parti itu menggunakan istilah 'DAP parti berbilang kaum'.
"Pemuda BN cabar DAP umumkan berapa ramai ahlinya yang datang daripada masyarakat Melayu...jangan hanya tunjuk tiga orang itu sahaja tapi (tunjukan) keanggotaan keseluruhan jika benar mereka ini adalah parti berbilang kaum," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong di sini hari ini.
Beliau mencabar kepimpinan DAP di semua peringkat untuk membuktikan keahliannya daripada orang Melayu.
"...tetapi jangan cakap DAP parti berbilang kaum jika mereka tak dapat terima keanggotaan (yang lebih banyak) daripada masyarakat Melayu," katanya. - BERNAMA


Meluat dah aku ni..dok dengaq puak-puak umno melalak bab bangsa dalam parti. Dulu kini dan selamanya mungkin boleh jadi dah depa ni dok macam tu.Kata umno wujud sejak 65 tahun dulu..piiirahhh..Umno la ni UMNO(BARU) woii..
http://ensiklopedia-bahasa-malaysia.jbdirectory.com/UMNO_%28Baru%29

Bagi orang muda yg dok perasan umno yg dok ada la ni yg perjuangkan kemerdekaan dan hak org Melayu dlm tanah melayu sendiri..Baik hangpa pakat pikiaq elok-elok..kaji bab parti ni dgn mendalam.Aku gerenti kalau hangpa pakat TEBAS otak hangpa tu bagi cerah elok-elok..hangpa pasti akan TEBAS habeh umno(baru) ni bagi rebah masa PRU 13 nanti.

Lagi satu..Hangpa nak kisah pa bab parti lain,berbilang kaum ke atau dak..Dok cabar orang je suruh dedah...yg hangpa tu dok terdedah memanjang tak sedar diri lagi ka.Ahli umno yg berjuta-juta tu..cuba la hangpa bagitau sat pecahan bangsa yang ada dlm umno yg hangpa dewa-dewakan memperjuangkan org Melayu dan Islam, tu kalau hangpa berani. Aku rasa KJ dan pemimpin umno tentu tak berani nak dedahkan...,takut pecah tembelang..lepas tu tentu kena TEBAS dgn org Melayu sendiri..hahhaha..lawak..lawak KJ ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda