26 Januari, 2012

Isu KUIN :Awas jerat APCO

Laa...tak habeh-habeh lagi bab isu KUIN ni.Dah ramai yang tulis bab isu ni, tapi tak boleh juga nak senyap. Kes pelajar dengan pihak KUIN pun dah hampir senyap,tapi yang kat luar pula dok riuh macam biawak masuk dalam lau ayam.Awat la sampai lagu tu sekali.
Taras juga nak masuk campur bab ni.Aku cari le sedikit maklumat mudah-mudahan boleh mencerahkan cuaca ni.


PENUBUHAN INSANIAH
Susulan daripada usaha murni ini Dewan Undangan Negeri Kedah telah meluluskan penubuhan INSANIAH ini, pada 7hb Disember 1994 di bawah enakmen Bil 4 Tahun 1995 dan kemudiannya diwartakan pada 22hb Jun 1995.
Institusi tersebut dinamakan dengan 'Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman' atau nama singkatannya ialah INSANIAH. Nama institut ini dalam bahasa Arab pula ialah 'Al Jamiah Al Islamiah Al Hukumiah Bi Kedah Darul Aman'.
INSANIAH ketika itu , telah diberikan status (Institusi Pendidikan Tinggi Kerajaan [IPTK]) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia serta berdaftar di bawah Akta Pendidikan 1996 dengan nombor pendaftaran K/IPTK/07 (021). INSANIAH juga mempunyai sebuah badan eksekutif yang dikenali sebagai Majlis Insaniah yang berfungsi sebagai badan yang mengelola, mengawal dan mentadbir INSANIAH. Majlis Insaniah ini, dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman.
INSANIAH memulakan operasinya pada 1 Oktober 1995 dan pada ketika itu hanya menjalankan program Pengajian Islam secara berkembar dengan Universiti Al-Azhar, Mesir yang menawarkan program peringkat pengajian ijazah pertama iaitu di dalam bidang Usuluddin, Syariah dan Bahasa Arab. Tenaga pengajarnya pula pada ketika itu hanya 9 orang pensyarah yang bertaraf Profesor Madya yang terdiri daripada 6 orang daripada Universiti Al-Azhar, seorang daripada Indonesia dan 2 orang daripada Malaysia. Jumlah pengambilan pertama seramai 43 orang pada sesi 1995/1996.http://www.kuin.edu.my/v3m/index.php?option=com_content&view=article&id=84&Itemid=180&lang=bm 

Isu yang sedang berlegar sekarang adalah tentang Tindakan terhadap 5 pelajar KUIN dan juga AUKU. Bila disemak dan diselidiki didapati KUIN ni bukanlah sebuah IPTA yang terikat dengan AUKU.Rupanya KUIN dikategorikan sebagai sebuah IPTS..lihat http://jpt.mohe.gov.my/menudirektori.php
Jadi apa kena mengena AUKU dalam kes di KUIN ni.PAS memang mau AUKU dihapuskan.Depa ingat pimpinan dan ahli PAS di Kedah tak mau buang AUKU ke ? Yang ramai dok turut berdemo atau bersuara supaya AUKU dihapuskan semuanya dari negeri lain ke ?
Kalau nak riuh pun kena lihat pada isu sebenarnya juga.Ni dok jadi macam orang sasau yang tak faham tentang urusan pentadbiran dan hal-hal berkaitan akta serta peraturan buat pe. Kata dah cerdik.ngaji sampai U tapi dok jadi macam orang tak pernah pi sekolah...malu le aku. Aku dapat maklumat bahawa
Pelajar-pelajar yang dikenakan tindakan tu bukan bawah AUKU tapi bawah peraturan tatatertib KUIN. Setiap institusi tu ada le peraturannya.Ngaji kat surau pun ada peraturannya.
Rentetan isu KUIN ni pun,kalau dilihat dari awal adalah bermula dari bab pentadbiran harta benda institusi iaitu bila bangunan yang digunakan bagi pengajian Tahfiz diserahkan oleh pihak pentadbiran kepada pihak lain. Maka berdemo pula para sebahagian pelajar dan pengajar dalam hal tu untuk membantah..Nak tanya juga..apa hak pelajar dan pengajar yang dibayar gaji terhadap pengurusan harta institusi ? Pengajian tak dihentikan,perkhidmatan tak ditamatkan.Yg tu termasuk dalam hak kebebasan pelajar atau pengajar ke ? Sudah tentulah hak Majikan.
Yang terbaru,bila Adam Adli pi untuk program Bicara Siswa,kemudian tak dibenarkan masuk menggunakan mini stadium dibawah pengurusan KUIN. Heboh lagi..Mana depa nak bagi masuk..TAK ADA SURAT PERMOHONAN PUN..Nak masuk rumah orang kena bagi salam dulu laa..Bila tuan rumah jemput atau bagi masuk,baru le boleh masuk.Awat cerdik sampai tak tau prosedur nak guna tempat milik orang lain.
Come on laa...jadilah orang yang lebih matang dan cerdik.kalau kita nak lawan,kita kena tau apa yang kita lawan,siapa yang kita lawan.Kalau lawan pakai khodong gitu je pada semua, alamat kita sendiri yang kecundang.Maka pendekatan dan strategi mestilah berbeza.Tapi AWAS juga bab isu KUIN ni..Jerat APCO dah mula dipasang.Silap-silap para pelajar yang menuntut kebebasan dan Hak pelajar mengikut Perlembagaan negara terjerat termasuk sekali dengan orang yang nak mencari sokongan dan populariti,
Kita tentang AUKU dan segala bentuk kezaliman dan penyelewangan. Kita gerakkan idealisma pelajar dan rakyat agar negara kita menjadi sebuah negara yang makmur dan sejahtera.Kita tukar parti dan pemimpin yang memerintah yang mengambil kesempatan keatas KESETIAAN kita kepada Raja dan Negara dengan mengamanahkan kepimpinan kepada parti dan pemimpin yang lebih berwibawa serta mempunyai dasar yang lebih baik.
Apa pun aku tetap TEBAS umnooooo BE END.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...