20 Januari, 2012

Pesar tentera pula mau tebas..

Maruah: Pesara tentera

saman Kuan Yew, 6 PM Malaysia

20/01/2012 5:07pm

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Kapten hari ini memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dan enam pemimpin Malaysia berhubung dakwaan melakukan konspirasi, menipu dan menjatuhkan maruah 403 pegawai ATM yang telah bersara.
Tengku Zainal Abidin Tengku Yusoff, 58, yang mewakili 403 pesara ATM itu, memfailkan saman berkenaan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Tengku Zainal dan 403 pegawai berpangkat Leftenan Muda hingga Jeneral, menamakan Kuan Yew, enam Perdana Menteri Malaysia bermula Tunku Abdul Rahman sehingga Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Setiausaha Negara sebagai defendan.
Turut dinamakan sebagai defendan ialah Menteri Pertahanan bermula era Tun Abdul Razak Hussein sehingga sekarang iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Pertahanan, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura.
Dalam pernyataan tuntutannya, kesemua plaintif mendakwa Perdana Menteri pertama sehingga keenam dan Ketua Setiausaha Negara telah menipu, melakukan konspirasi dan menyalahguna kuasa mereka untuk menjatuhkan maruah pegawai ATM dengan cara memotong kuantum gaji kor dan elaun pegawai berkenaan dari 1963 sehingga sekarang. - BERNAMA
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_30.htm

Banyak lagi yang tak diiktiraf oleh para tok menteri terhadap anggota tentera...bekas-bekas tentera tentu sedar. Banyak juga hak utk tentera umpama lepas batuk ditangga..Bagi ponco nak buat lindung dari hujan panas pun kalau tarik kekaki kena hujan kat kepala dan muka..kalau tarik ke kepala kena hujan kat kai..last2 tidur mencanggung..

.nasib..nasib...dulu ramai yang dlm infantri dok kerja TEBAS hutan..dari Perlis sampai ke Sabah..nak cari komunis..Bila berhenti atau tamat perkhidmatan...satu inci tanah pun susah mau minta...
 Elok le kalau kita pakat TEBAS para pemimpin dan parti yang dok memperbodohkan kita...
Aku kira ABU je..

1 ulasan:

  1. Untuk Maklumat Lanjut Sila Rujuk Di; http://tengkuzainal.com/penyata_tuntutan_404_pegawai_tentera_malaysia.pdf

    BalasPadam

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda