30 Januari, 2012

umno dah gila talak..mca makin sasau

Semakin lama semakin meraban..PRU makin hampir sokongan semakin dicari. Presiden MCA ni dilihat semakin terdesak untuk menarik sokongan kaum Cina terhadap MCA
Tajuk berita dlm utusan meloya online hari ni.

Pembangkang menipu Cina

IPOH 29 Jan. - Pengundi kaum Cina di negeri ini diingatkan supaya tidak terpedaya dengan helah terbaru parti pembangkang yang kononnya mahu menubuhkan 'Kerajaan Cina' di Perak jika menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (gambar) ketika mendedahkan perkara itu, menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu pembohongan yang amat besar.
"Saya mendapat maklumat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, kononnya parti pembangkang berkempen kepada masyarakat Cina di peringkat akar umbi bahawa orang Cina akan dijadikan 'taiko' sekiranya mereka memerintah Perak.
"Ini merupakan satu pembohongan besar kerana selepas pilihan raya yang lalu, walaupun pembangkang menang, tetapi Menteri Besar yang dilantik bukan daripada kaum Tionghua, tetapi seseorang daripada Pas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Perak yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Setiausaha Agung MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk R. Ganesan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.
Mengulas lanjut, Soi Lek yang juga Pengerusi MCA Perak berkata, kebanyakan masyarakat Cina tidak sedar bahawa sekiranya mengundi DAP, mereka sebenarnya hanya memberi lebih kekuatan kepada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mendominasi pakatan pembangkang.
Kebanyakan pengundi Cina katanya, hanya melihat DAP sebagai sebuah parti tunggal sedangkan ia bekerjasama dengan pakatan pembangkang lain dengan menggunakan simbol berbeza semasa pilihan raya.
"Jika dilihat pada pilihan raya umum 2008, DAP mempunyai 18 wakil rakyat sementara Pas dan PKR hanya 11 orang, tetapi yang menjadi 'taiko' di negeri ini ialah Pas, bukannya DAP.
"MCA selalu percaya bahawa 'abang besar' dalam pakatan pembangkang ialah Pas kerana mereka mempunyai lebih ramai keahlian, sumber dan akan bertanding lebih banyak untuk kerusi Parlimen," katanya.

CSL ni.dilihat telah mengambil cara sahabat karibnya umno dalam memperbodohkan kaum sendiri.
Puak umno bila berkempen kepada orang Melayu dok bercakap "kalau PAS menang PRU 13 nanti.bukan PAS yang berkuasa tapi Cina DAP yang berkuasa. Ni mai pula CSL dok canang.."kalau bagi undi kat DAP dan DAP menang,bukan DAP yg jadi taiko tetapi PAS".
Mana satu mau percaya maaa..sama itu umnoo atau mca.Bagi aku mudah je..dua-dua tak boleh percaya.Apa pun ABU..
TEBAS kasi depa BE ENDDD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda