31 Januari, 2012

kerana DAP melayu PP merempat..betoi kaa.

Persoalan..adakah Melayu semakin terpinggir selepas PRU 12 dulu ?
Nak ku rujukkan ke negeri Pulau Pinang.
Ni petikan dari...

GEORGE TOWN – Kira-kira 7,000 penduduk di negeri ini didakwa tidak mampu memiliki rumah sendiri dan terpaksa hidup menumpang kerana harga kediaman yang melambung tinggi sejak kebelakangan ini.
Kebanyakan mereka terutamanya orang Melayu menumpang di tanah wakaf, tanah kerajaan negeri atau tanah individu dan hanya menunggu masa untuk diusir keluar sekiranya kawasan tersebut dimajukan pemiliknya.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, keadaan menyedihkan itu sudah lama berlaku atas pelbagai sebab termasuk penjualan tanah oleh pemilik asal.
Katanya, kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah mengambil langkah membangunkan beberapa kawasan terutama bahagian pulau dengan membina rumah mampu milik sama ada jenis pangsapuri kos rendah atau sederhana.
“Malangnya, sejak kerajaan negeri bertukar tangan kepada DAP, pembangunan rumah mampu milik terbantut.
“Ramai penduduk di sini terpaksa berhijrah ke negeri Kedah dan utara Perak apabila tanah yang mereka diami diambil semula oleh pemiliknya selain harga rumah yang tinggi,” ujarnya pada sidang akhbar selepas menziarahi seorang warga emas di Tanjong Tokong di sini semalam.

Selepas DAP menerajui pemerintahan Pulau Pinang dengan mealaksanakan apa yang terdapat didalam manifestasi perjuangan parti mereka,maka mulalah kedengaran suara lantang para pemimpin umno Pulau Pinang khususnya dalam usaha menarik sokongan terhadap umno. Mereka bersuara lantang dengan berbagai gelagat dari tunjuk pungkoq hingga ke kek TAIK yang kononnya berjuang untuk membela Melayu.
Ingin aku membawa kembali ketahun-tahun sebelum PRU 12, apakah benar majoriti Melayu di Pulau Pinang sudah hidup selesa ?..Sudah tentu tidak..Ketua tunjuk pungkoq sendiri telah mengakui akan masalah Melayu
(Kebanyakan mereka terutamanya orang Melayu menumpang di tanah wakaf, tanah kerajaan negeri atau tanah individu dan hanya menunggu masa untuk diusir keluar sekiranya kawasan tersebut dimajukan pemiliknya.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, keadaan menyedihkan itu sudah lama berlaku atas pelbagai sebab termasuk penjualan tanah oleh pemilik asal).
Persoalannya lagi..adakah selama berpuluh tahun sebelum ini,umno sudah berusaha sebaik mungkin bagi menyelesaikan masalah MENUMPANG ditanah wakaf,tanah kerajaan atau tanah individu ini ? Aku akui ada TETAPI tidaklah seberapa. Sekiranya benar umno dan mereka yang bersuara sebagai Pembela Melayu ini jujur dalam perjuangan sudah tentu ramai Melayu dan orang Islam di PP tidak menjadi seperti pendatang.

Sedarkah kita bahawa kenyataan Ketua Pembangkang PP ni diambil dari statistik pada tahun 2010 ?  Cari punya cari..terjumpalah satu artikel dari blog puak umngok yang diterbitkan pada 12 Nov 2010..antaranya berbunyi begini ..


Pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang kini hanya tinggal 20.41 peratus, meskipun kaum itu mewakili 44.89 peratus daripada jumlah penduduk negeri ini.Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong daripada UMNO, Muhammad Farid Saad, berkata lebih membimbangkan, Daerah Timur Laut iaitu kawasan paling pesat membangun di Pulau Pinang, tanah milikan Melayu hanya 1.16 peratus.
Katanya, kajian UMNO Pulau Pinang juga mendapati ada 60 perkampungan Melayu yang mempunyai 7,000 penghuni dibina di atas tanah orang lain. 
“Berikutan itu, penduduk bakal kehilangan tempat tinggal pada bila-bila masa,” katanya pada forum bertajuk Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang di sini, kelmarin. 
Farid adalah salah seorang daripada empat ahli panel forum berkenaan, selain Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Datuk Seri Mohd Yusoff Latiff; Ahli Parlimen Parit Buntar daripada PAS, Dr Mujahid Yusuff Rawa dan Presiden TERAS Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid. 
Selepas dua tahun DAP dan PR menerajui kerajaan PP, Melayu terus jadi gini ?...Jawapannnya sudah tentu TIDAK.. Tentulah ianya merupakan kesinambungan dari masa lampau iaitu selama 50 tahun PP dibawah pemerintahan Be End dan umno sebagai tunjangnya. Sekiranya benar umno telah berusaha untuk mengatasi masalah ini,sudah tentu masa 50 tahun itu merupakan satu tempoh yang cukup untuk memberi pemilikan tanah atau menambah jumlah pegangan aset tanah orang Melayu Pulau Pinang.Rumusannya..memang umno GAGAL memertabatkan Melayu.
 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلاً 
 Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. ( An.Nisa' :59 )
 
Kalau pemilik tanah menghalau orang yang menumpang atas tanah mereka, sudah tentu itu hak pemiliknya. Persoalan lain..siapakah pula pemilik-pemilik tanah tersebut ? Bagaimana tanah-tanah tersebut terlepas ketangan Syarikat-Syarikat atau kepada orang lain selama ini ?.Bagaimana pula umno ketika sebelum PRU 12 dulu berboria kepada orang Melayu dalam hal ini ? Adakah umno menanam tebu dibibir mulut sahaja atau mewiridkan perkauman kepada orang Melayu selama itu ? Pakat-pakat TEBAS otak sendiri lee untuk mencari jawapan.Ada mata lihat,ada telinga dengar,ada akal fikir. Semuanya dianugerahkan oleh Allah secara berpasangan. Jadi kalau nak lihat gunakanlah kedua-dua mata ( dua biji mata dan mata hati ) dan lihat juga kepada dua pihak. Kalau nak dengar pun,guna le kedua-dua telinga (kiri dan kanan) dan dengar lee dari semua pihak...lepas tu fikir lee sendiri...buat le keputusan sendiri..jangan pakai ikut jee...Kalau tak boleh nak buat keputusan mana satu nak ikut dan nak pilih....mudah je..kembalilah kepada Islam...BACA lah Al-quran, solatlah kamu,berdoalah kamu kpd tuhan pencipta kamu supaya memberi petunjuk kepada kamu.InsyaAllah kamu akan dapat petunjukNya.
تَّبِعُواْ مَآ أُنزِلَ إِلَيۡكُم مِّن رَّبِّكُمۡ وَلَا تَتَّبِعُواْ مِن دُونِهِۦۤ أَوۡلِيَآءَ‌ۗ قَلِيلاً۬ مَّا تَذَكَّرُونَ (Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan ) Al-A'raf : 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda