31 Januari, 2012

nyawa pun kena cabut nak heran apa.

Gelaran Profesor Ditarik Balik Tidak Jejas Kredibiliti – Aziz Bari

Dr Abdul Aziz Bari. Foto UU BAN.
PETALING JAYA: Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari berkata, gelaran profesornya yang digugurkan oleh universiti itu langsung tidak menjejaskan kredibilitinya.
“Gelaran profesional itu kerana ilmu saya dan bukannya pangkat di universiti. Jika UIAM mahu gugurkan gelaran itu, saya tidak kisah.
“Ia sedikitpun tidak menjejaskan kredibiliti saya sebagai seorang yang berilmu untuk terus memberi pendapat dan pandangan,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.
Dr Abdul Aziz mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia pada Selasa yang memetik kenyataan Pengarah Bahagian Komunikasi UIAM, Abdul Rahim Ahmad bahawa beliau tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu baru-baru ini.
Menurut Dr Abdul Aziz, beliau merasakan tindakan UIAM merupakan sesuatu yang lucu kerana pengumuman pengguguran gelaran itu tidak pernah berlaku di negara ini.


Syok juga tengok kelaku gulungan pembodek ni...bab gelaran gini pun dok ulas macam orang yang tak pernah belajar tinggi-tinggi. Kalau habaq kata semua harta hang kami tarik kerana ia hasil dari gaji hang masa dok kerja kat tempat kami mungkin le orangramai akan tau ada peraturan tu rupanya. Nyawa pun kena cabut nak heran pa.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/1/31/mstar_berita/20120131121108&sec=mstar_berita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda