02 Februari, 2012

cerdik tak boleh tumpang..bodoh tak dengar cakap

Aku rasa nak hurai sikit secara bodoh aku tentang KERAJAAN dan PARTI kerana ramai dikalangan rakyat Malaysia yang tak boleh membezakan antara PARTI dan KERAJAAN ataupun depa saja-saja buat tak faham. Pemimpin Umno(Baru) dan gerombolannya  dalam BN selalu bercakap tentang menjatuhkan kerajaan,menentang kerajaan atau menggulingkan kerajaan...Antaranya berita berikut:
 (mStar Online :1 Feb 2012)
KANGAR: Warga pendidik khususnya di negeri ini diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan demi kepentingan diri mereka.
Menteri Besar Perlis, Datuk Dr Md Isa Sabu ketika memberikan ingatan itu berkata sebagai golongan profesional dan intelektual, para guru perlu sentiasa berada di hadapan dan peka dengan usaha-usaha kerajaan yang sangat menitikberatkan soal pendidikan.
"Saya tidak mahu golongan pendidik terpedaya dengan pihak yang mahu menggugat kekuatan kerajaan. Sama-samalah hindarkan diri daripada dakyah yang tidak membawa faedah dan merosakkan peribadi," katanya ketika berucap pada majlis Perutusan Tahun 2012 Jabatan Pelajaran Perlis, di sini, Selasa.

Wujudnya sebuah KERAJAAN merangkumi tiga unsur:

1.Tanah yang diduduki yang disebut Negara atau Negeri
2.Penduduk yang menduduki tanah tersebut yang dipanggil rakyat.
3.Pemimpin yang dilantik dikalangan penduduk yang dipanggil Menteri atau Exco (samada melalui pilihan raya atau secara mewarisi turun temurun)

Tanah Malaysia ; Merangkumi dari Perlis hingga ke Johor di Semenanjung Tanah Melayu dan Sabah serta Sarawak di Pulau Borneo.
 aikkk..peta hijau pula
  
Penduduk ; Semua yang menjadi rakyat negara ini atau yang menduduki negara ini. tak kira bangsa,jantina dan umur.



Pemimpin : Mereka yang terdiri dari mana-mana PARTI yang dipilih oleh penduduk yang berdaftar sebagai pengundi didalam negara ini melalui proses pilihan raya dan parti tersebut mendapat undi majoriti yang membolehkan ia membentuk Kabinet Menteri diperingkat Persekutuan atau Ahli majlis Mesyuarat Kerajaan diperingkat Negeri.(mengikut Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Tubuh Negeri)
Ketiga-tiga unsur ini mestilah wujud bagi membentuk KERAJAAN.Seandainya salah satu dari tiga unsur ini tiada maka tiadalah sebuah kerajaan.

Seandainya sesebuah parti itu ditolak oleh rakyat bukan bermakna rakyat menjatuhkan kerajaan tetapi menjatuhkan pemimpin atau parti tersebut.
Kerajaan Malaysia akan tetap wujud walaupun MAJORITI RAKYAT menolak parti umno(Baru) serta gerombolannya dalam BN dan memberi undi kepada gabungan parti PAKATAN RAKYAT (PR).

Woii..jangan dok memperbodohkan rakyat sendiri leee...yang cerdik pandai,boleh membaca dan mendengar pula jangan dok ikut puak-puak yang suka memperbodohkan orang...tak guna le hangpa ngaji tinggi-tinggi, boleh faham bermacam-macam istilah...bab nak bezakan KERAJAAN dan PARTI pun tak tau..lebih baik hangpa jangan dok dabik dada kata kamilah orang terpelajar.
kalau hangpa tau beza tapi nak ikut juga...hangpa TEBAS otak sendiri le..nak letakkan hangpa tu dok kat gulungan mana..Tapi orang akan kata hangpa tu gulungan Cerdik tak boleh tumpang sama taraf dengan gulungan Bodoh tak dengar cakap....apa-apa pun maaf ye..terkasar sikit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda