01 Februari, 2012

SARA 1 Malaysia..nak sara sapa ni..

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia – SARA 1Malaysia

 

 

Telah dilancarkan oleh Perdana Menteri kita..Dato' Seri Haji Najib Tun Razak pada 12 Januari 2012. Tarikh pelancaran pun kira kawin.

 


Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat jika layak menyertainya.
Tarikh Skim Amanah Rakyat 1Malaysia bermula adalah pada 30 Januari 2012.

Keistimewaan

- Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).
- Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum sepanjang tempoh pinjaman 5 tahun.
- Bayaran insentif disediakan setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.

Ciri-Ciri Pinjaman

 - Amaun pinjaman adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah.
  - Pinjaman adalah untuk pembelian 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).
  - Penyertaan dibuka selama satu (1) tahun mulai tarikh permohonan dibuka kepada awam atau   sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.
  -Penyertaan akan dibatalkan sekiranya:
1. Peserta gagal menjelaskan bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut
2. Peserta didapati memberikan maklumat palsu semasa permohonan
3. Peserta didapati muflis; atau
4. Peserta meninggal dunia.

Syarat Kelayakan

1. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
2. Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000
3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
4. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank
5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:
- Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
- ASB Sejahtera; dan
- ASW 2020 Bandar
> Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
> Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
> Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:
-Bumiputera – 50%
-Cina – 30%
-India – 15%
-Lain-lain – 5%
  • > Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  • > Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
  • > Berkahwin – kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
  • >Ibu atau bapa tunggal – pendapatan kasar individu.
Lain-lain maklumat gi baca kat :
Tentang kedudukan Skim ni dari sudut hukum..kita tunggu le pihak-pihak yang arif memberi pandangan atau fatwa. Cuma yang aku sangsi kita pinjam dan tunggu 5 tahun baru boleh dapat duit tu.Ada insentif bulanan tapi kena bayar kat bank lebih kurang RM 84.00 sebulan selama 5 tahun.LEBIH BAIK PAKAT SIMPAN SENDIRI.Kalau miss 3 bulan berturut-turut PENYERTAAN DIBATALKAN. Yang dok mohon tentu gulungan yang berpendapatan rendah yang umpama "Kais Pagi Makan Pagi,Kais Petang Makan Petang". Setengah tu nak bayar bil api / air yang tak seberapa pun miss.Nak bayar yang ni pula..Pakat-Pakat TEBAS otak lagi fikir.
Cara mudah kerajaan kita ambil duit kita nak tampung yang bocor atau keborosan depa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda