15 Februari, 2012

Dakwat Kekal PRU 13

Sebanyak 230,000 botol dakwat kekal silver nitrat bakal digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof (gambar) berkata, jumlah dakwat tersebut disediakan untuk memenuhi keperluan para pengundi bagi 10,000 undi awal dan 220,000 pada undi biasa.
Mengikut rekod SPR, katanya, jumlah pengundi yang layak mengundi melepasi umur 21 tahun sehingga September lalu iaitu 16,131,517 orang tetapi hanya 12.4 juta sahaja telah mendaftar.
"SPR telah membuat persiapan awal bagi keperluan botol dakwat kekal tersebut untuk para pengundi dan tempat mengundi.
"Setiap botol dakwat kekal itu hanya boleh digunakan untuk 100 pengundi sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Taklimat Persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus
Peringkat  Negeri Perlis di sini semalam.                                                         Hiasan je...

PRU 12 dulu pun dah beli dakwat juga. Habis juta-juta RM tapi tak digunakan. Harap-harap kali ni KEKAL le macam dok kata tu yee..Aku ajak semua pengundi TEBAS je pemimpin yang suka memperbodohkan kita. Apalagi pemimpin yang kurang iman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda