15 Februari, 2012

timbus lubang peninggalan umno

Permodalan Kedah Berhad kini kembali pulih

LANGKAWI – Anak syarikat kerajaan negeri Kedah (GLC), Permodalan Kedah Berhad (PKB) yang dulunya (di zaman kerajaan lalu) berada dalam keadaan tenat, kini kembali pulih sehingga berjaya memberi sumbangan kepada kerajaan negeri sebanyak RM10 juta setahun.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, adalah menjadi kebanggaan kerajaan negeri apabila PKB telah buktikan dalam masa empat tahun telah bangun begitu cergas dan aktif.
PKB juga berjaya melunaskan hutang-hutang mereka dahulu.
“Semasa saya ambil alih PKB, saya tak malu katakan bahawa PKB berada dalam keadaan tenat, hutangnya puluhan juta, Alhamdulillah hari ini hutang telah dapat dibayar dan kita juga hari ini terpaksa menyelesaikan beberapa perkara yang tak diselesaikan dari segi undang-undang oleh pengurusan dulu.
“Pada peringkat awal, adalah sukar kepada Pengarah Urusan untuk bergerak kerana kekangan kewangan, maka untuk pengurusan, Perbadanan Menteri Besar Kedah terpaksa bagi suntikan.
“Alhamdulillah, hari ini PKB adalah antara GLC Kedah yang berjaya memberi sumbangan kepada kerajaan negeri setahun sebanyak RM10 juta,” jelas beliau pada majlis pecah tanah hotel 14 tingkat, di sini.
Menyentuh mengenai hotel 14 tingkat ini, beliau berharap projek ini berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan ataupun mendahului jadual.
Ini kerana, jika berlakunya tempoh lanjutan projek, kerajaan negeri perlu memberi tambahan modal.
“Hotel ini akan siap dalam masa 18 bulan, jadi saya berharap ia akan siap mengikut jadual atau mendahului kerana kita tak mahu lagi program-program yang terbengkalai bertahun-tahun, dan kita juga perlu tambah modal jika terbengkalai,” ujar beliau.
http://wartakedah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1525%3Apermodalan-kedah-berhad-kini-kembali-pulih&catid=36%3Aberita&Itemid=67&lang=ms

Tu yang dikatakan kerja TEBAS ni bukan mudah. Apa lagi kalau dok tebas bagi elok untuk semua orang boleh lalu, boleh nampak. Ni dok kerja biar bagi semak kemudian gali lubang pula. Silap-silap orang lalu jatuh terperosok dalam lubang yang bersemak tu.Tahniah kerajaan Kedah sekarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...