14 Februari, 2012

dulu JE la AGE

Satu ketika dulu, virus NIPAH telah menyerang dibeberapa negeri yang terdapat pusat ternakan babi yang banyak dan dikenali dengan panggilan penyakit JE. Ni mai pula satu jenis penyakit dipanggil
Jangkitan akut gastroenteritis (AGE) yang dikesan di Perak sejak minggu lepas meningkat kepada 251 kes hari ini berbanding 131 kes semalam itu, meningkat sebanyak 120 kes.
Terbaru 180 kes dikesan di Hilir Perak hari ini manakala 71 kes di Batang Padang.
Bilangan kes baru yang dimasukkan ke wad hari ini adalah dua orang di Hilir Perak dengan jumlah enam kes, manakala empat kes di Batang Padang dengan jumlah sembilan kes, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jumlah pesakit yang di rawat di hospital ialah 15 orang.
Beliau berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan di Hilir Perak setakat ini adalah 1,990 kes manakala Batang Padang mencatatkan 1,078 kes.
Jumaat lalu, dua bayi masing-masing berusia dua bulan dan 10 bulan meninggal dunia di daerah Hilir Perak dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali "Rotavirus" yang menyebabkan kes AGE.
Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda