14 Februari, 2012

ingat kondo lembu..rupa-rupanya singa..lagi hebat

Pada Oktober lalu, anak singa menjadi tajuk utama media selepas ia didapati berada di beranda salah sebuah rumah di kawasan perumahan mewah di tengah Beirut.

“Leo adalah antara haiwan yang diselamatkan dengan mudah kerana orang yang membelanya sebagai peliharaan memberi kerjasama kepada kami. Dia faham selepas kami terangkan mengapa Leo (anak singa) itu perlu dilepaskan dan hidup dalam habitat semula jadinya serta risiko yang bakal menimpa mereka jika terus membelanya,” kata Mier.

Ketika Leo yang diselamatkan dengan kos sekitar RM15,000 dan kini hidup bebas di kawasan perlindungan haiwan di Cape Town, ada seekor lagi anak singa lebih besar dilihat di pangsapuri lain di bandar berkenaan.

Beberapa minggu lalu, pemiliknya dilihat membawa anak singa berkenaan berjalan di pusat bandar dan meletakkan gambar yang menunjukkan lelaki muda memeluk singa di ruang tamu di laman sosial Facebook.

Dia bagaimanapun enggan menyerahkan haiwan peliharaannya itu untuk dihantar ke pusat perlindungan haiwan. Malah gambar lelaki bersama singa masih terus dipaparkan di Facebook.

Hari ini, kumpulan seperti Animals Lebanon menimbulkan isu mengenai penderaan dan pemerdagangan haiwan yang memaksa Lubnan menandatangani CITES.

Berbekalkan sokongan Kementerian Pertanian dan kerjasama pakar undang-undang seluruh dunia, Animals Lebanon menyerahkan deraf penggubalan undang-undang kepada Parlimen bagi memastikan perlindungan dan kebajikan haiwan November lalu. Dalam deraf itu tercatat peraturan ketat untuk penghantaran dan pengendalian haiwan malah petani dan pemilik zoo perlu mendapatkan permit jika mahu memiliki mana-mana haiwan.

Mier berkata, dia gembira dengan kerjasama yang diberikan Kementerian Pertanian Lubnan, yang mendesak supaya deraf berkenaan diterima dan diluluskan oleh Parlimen.

“Selama bertahun-tahun kami hanya menerima keputusan akhir, sedangkan punca masalah tidak ditangani. Masih banyak haiwan yang hidup dalam keadaan menyedihkan. Di sinilah pentingnya undang-undang,” kata Mier.

Bagi penduduk Lubnan, musim panas adalah musim percutian, tetapi ia adalah masa ‘penderitaan’ untuk haiwan peliharaan.

“Tempoh yang paling buruk adalah antara Jun dan September, apabila pemilik haiwan peliharaan ini bercuti panjang dan meninggalkan anjing, kucing malah monyet di beranda atau di jalan raya.

“Jika kerajaan tidak melakukan sesuatu, keadaan tidak akan berubah. Kami hanyalah sekumpulan kecil yang memperjuangkan isu ini, cuba menghentikan masalah sebelum ia merebak dan bertambah buruk,” sambungnya. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda