Hari ni :
Seramai lapan orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk tempoh satu tahun sehingga 7 Mac 2013. Tiada lantikan baru dibuat dan kesemua mereka merupakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri penggal lalu dan dikekalkan perlantikan serta portfolio masing-masing.
Lapan yang mengangkat sumpah jawatan hari ini ialah;
Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (Agama, Pelajaran dan Koperasi),
Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Industri dan Pelaburan )
Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.),
Datuk Siti Ashah Ghazali (Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat) dan
Abd Ghani Ahmad ( Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan).
Tiga Exco dari PKR, Datuk S Manikumar (Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam),
Lim Soo Nee (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia) dan
Tan Chow Kang (Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan).

Menurut YAB Menteri Besar,exco-exco yang sedia ada dikekalkan dan kedudukan YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi dan YB Dr Ismail Salleh akan dimaklumkan kelak kerana mereka masih lagi memegang jawatan sebagai exco sehingga 7 Mac 2012. Selepas tarikh tersebut, satu keputusan akan diambil sama ada diadakan perlantikan atau sebaliknya.
Tahniah kepada YAB Menteri Besar, YB Dato'-Dato' dan Tuan atas perlantikan semula ini. Semoga amanah yang diberi akan dipikul dengan penuh tanggungjawab demi untuk mensejahterakan Kedah.
Kepada rakyat Kedah,semoga terus memberi sokongan kepada PR supaya rencana selanjutnya dapat dilaksanakan dalam usaha pembangunan dari setiap sudut dapat memberi nikmat untuk semua.
Sebarang perselisihan yang dok ada tu ibarat macam gigi dengan lidah je..tempatnya didalam mulut je.Tiap-tiap hari lidah dok tolak atau jilat gigi tu..macam lagu P.Ramlee ...sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri. Apatah lagi berkaitan politik dan sebagainya...Amatilah pada diri kita sendiri...kadang-kadang gigi tergigit juga lidah..maka ada le sikit luka...bila tergigit yang kena marah diri sendiri juga..sehari dua lepas tu pulih le luka tu.
Kadang-kadang lidah kita lambat sangat nak bergerak keluar dari tempat gigi nak kancing tu bila mulut nak kunyah..jadi tergigit le..biasa le..kalau tak mau sakit kena pakai gigi palsu getah.Kalau dah tergigit lidah sendiri jangan dok marah hidung atau telinga pula..ataupun dok marah kat gigi..Kalau iya pun nak marah juga,jangan la telinga,hidung atau gigi yang dijadikan mangsa.
Takat TEBAS misai diluar tu okay la...baru nampak muda sikit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda