28 Februari, 2012

melayu...2 dalam 1

Jui Meng: Saya kaum Cina, tapi tetap pertahan hak Melayu
Wartawan Sinar Harian
28 Februari 2012
Datuk Chua Jui Meng
SHAH ALAM - Datuk Chua Jui Meng (gambar) menegaskan, beliau dan parti diwakilinya tetap akan mempertahankan kepentingan dan institusi Raja-raja Melayu sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat untuk menerajui kerajaan pusat.
Pengerusi PKR Johor itu juga berkata, beliau bersama pakatan akan turut memartabatkan Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan institusi lain di bawah Yang di-Pertuan Agong serta menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah bagi mengambil alih lebuh raya yang telah diswastakan.

"Walaupun saya (seorang kaum) Cina, saya akan memartabatkan dan pertahankan institusi untuk Melayu dan institusi raja yang ada.

"Bila saya masuk kampung Melayu semasa menjadi Menteri Kesihatan dulu, saya tengok ramai orang Melayu yang miskin. Dan, ada anak-anak Orang Asal sanggup meletak pasir bagi mengisi perut. Kita sepatutnya memusatkan kepentingan rakyat, bukan kroni," katanya pada Wacana Sinar Siri Ke-11 bertajuk "Mengapa Undi Melayu Pecah" anjuran Kumpulan Media Karangkraf hari ini.

Bekas Naib Presiden MCA ini merupakan salah seorang daripada empat panelis menjayakan wacana kali ini.

Perkasa: 'Pas dan Umno perlu bersatu'
RUZY ADILA IDRIS
28 Februari 2012
wacana11
SHAH ALAM – Pemimpin Perkasa menegaskan bahawa kerjasama politik Pas dan Umno, yang menjadi topik perbincangan sejak pilihan raya umum 2008, sangat penting bagi menjamin kesepaduan dan masa depan orang Melayu.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim berkata, perpecahan di kalangan orang Melayu ketika ini memang berlaku, tetapi ia tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk tidak bersatu.

“Mengapa Pas boleh bersatu dengan DAP yang jelas tidak memperjuangkan akidah yang sama dalam perjuangan parti tetapi Umno yang memperjuangkan akidah yang sama, Pas tidak mahu bersatu?

“Perbezaan yang wujud bukan untuk berpecah belah tetapi untuk meraikan perbezaan itu,” katanya ketika menjadi panel Wacana Sinar Harian bertajuk, Mengapa Undi Melayu Pecah, di sini.

Dua kenyataan yang berbeza dalam satu surat khabar...Haaa..puas nak kena TEBAS minda hangpa noo...nak pilih yang mana..Mudah je..bersatu ni tak semestinya berada dalam satu kumpulan atau parti, tapi pegangan aqidah dan perlaksanaan tu yg mesti bertepatan dengan kehendak agama. Bila satu kelompok mengkritik kelompok yang lain terutama yang berkuasa supaya dilaksanakan apa yang belum dilaksana..sepatutnya perlulah dilaksanakan,bukan memberi alasan atau helah. Kalau dilaksanakan yg untungnya tentu bangsa tu juga..tak kira dari parti mana sekalipun. Ni dok tunggu sampai 54 tahun lebih dok gitu juga. Contoh..Islam wajibkan supaya TUTUP Aurat, tetapi ramai pemimpin dan isteri pemimpin parti melayu tu tak juga ditutupnya. Ni perkara asas je..Habeh macamana nak bersatu ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda