29 Februari, 2012

jadi juga aku presiden...

Parti KITA yang baru berusia setahun jagung telah mencipta sejarah penubuhannya dengan Presiden atau pengasasnya sendiri yang ingin membubarkan parti tersebut setelah wujud untuk seketika.Dato'Zaid Ibrahim dengan alasan tersendiri telah menyuarakan hasrat tersebut oleh kerana beberapa sebab yang telah dinyatakan sebelum ini.
Maka terpegun juga para pemerhati politik seantero negara dengan keberanian atau mungkin juga boleh disebut kekecewaan pengasas sebuah parti. Perjuangan parti belum teruji sudah mau dikuburkan.

Tetapi seorang pimpinan lain telah sanggup untuk mengambilalih tampok kepimpinan KITA itu dengan mengishtiharkan dirinya sebagai Presiden yang baru bagi parti tersebut..
Petikan berita dari mStar Online hari ini.
PUTRAJAYA: Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim, yang mengisytihar dirinya sebagai presiden baru parti berkenaan, pada Rabu menghantar "laporan rasmi" kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) di sini.
Beliau berkata laporan itu bertujuan memberi penjelasan mengenai pelbagai peristiwa dalam parti itu sejak bulan lepas, yang menurutnya sehingga membawa kepada pemilihan beliau untuk menerajui parti pada Mesyuarat Agung Luar Biasa Kita di Kota Baharu Sabtu lalu.
Katanya laporan itu turut memberi penjelasan mengenai penolakan keputusan parti sebelum ini yang memecat beberapa pemimpin parti termasuk beliau sendiri selaku Pengerusi Parti Kita Kedah, selepas keputusan itu dilihat tidak mematuhi perlembagaan parti.
"Saya yakin ROS boleh menilai sendiri, kerana itu kami bagi semua kronologi peristiwa yang berlaku dalam parti dan ROS boleh lihat, adakah Datuk Zaid Ibrahim (presiden parti) mengikut perlembagaan selama ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyerahkan laporan kepada ROS di sini.
Sementara itu, setiausaha parti Kita Masrum Dayat dalam satu kenyataan tiga hari lepas berkata mesyuarat di Kota Baharu itu bukan mesyuarat parti Kita.
Parti Kita yang ditubuhkan kira-kira setahun lalu, diberikan surat tunjuk sebab oleh ROS pada 9 Feb bagi menjelaskan kenapa parti itu tidak boleh dibatalkan pendaftaran selepas didapati melanggar beberapa peruntukan parti dan pertubuhan. - BERNAMA 

Zamil yang dulunya bertindak keluar dari PKR dan dilihat seolah-olah menjadi pelobi politik di Kedah selepas itu. Ramai orang-orang politik yang mengenali tindak tanduk beliau dalam politik melihat inilah peluang terbaik beliau untuk menonjolkan diri sebagai seorang pemimpin. Bukan setakat peringkat negeri malah sudah naik keatas.

Kita tunggu dan lihat je apa kesudahan ceritanya KITA ini. Belum apa-apa sudah dilihat tidak mengikut perlembagaan parti sendiri. Patut pun pengasasnya nak bubarkan saja. Pucuk dicita ulam mendatang kot bagi Zamil ni. Tak payah susah-susah TEBAS nak tubuhkan parti dan kemudian menjadi orang nombor satu.Apa-apa pun jadi juga aku Presiden.
Bertambah lagi semak-semak politik dalam negara kita..jenuh mau TEBAS le.Jangan tertebas kaki kawan sudah le.


2 ulasan:

  1. Dah keluar kenyataan pengasasnya.

    SHAH ALAM - Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim menegaskan, beliau masih mengetuai parti itu dan mahu mengambil tindakan ke atas beberapa media arus perdana jika terus mendakwa beliau telah 'digulingkan' daripada jawatan itu.

    Pakat lawan dakwa le..

    BalasPadam
  2. Presiden jadian pula jawab..

    PUTRAJAYA – Zamil Ibrahim berkata, beliau bukan 'presiden syok sendiri' apabila Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah melantik dirinya sebagai ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) untuk menggantikan Datuk Zaid Ibrahim. .

    Nahhh..bukan lantik dlm mesyuarat KITA.

    BalasPadam

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda