Haba konflik di Selat Hormuz antara Iran dengan negara-negara barat telah meningkatkan suhu kepanasan pasaran minyak dunia. Harga minyak mentah dipasaran dunia dijangka akan meningkat pada bulan Mac nanti.
Peningkatan harga sejak sembilan bulan lalu telah mencecah diatas $108 per tong pada jumaat lepas bagi rantau Asia.Tandaras untuk penghantaran pada April meningkat sebanyak 59 cents ke $108.42 per tong di Pertukaran Dagangan New York,meningkat dari $96 pada awal bulan ini. Pada khamis lalu kontrak telah meningkat dari $1.55 ke $107.83 di New York.Sementara di London pula telah meningkat sebanyak 55 cents menjadi $ 124.17 per tong.
Iran dengan jumlah pengeluarannya sebanyak 3.5 juta tong sehari telah menghentikan penghantaran minyak mentah ke 6 negara eropah dengan serta merta didalam bulan ini.
Pihak OPEC pula masih mengekalkan pengeluaran mereka seperti biasa iaitu 3.5 juta tong sehari. Keadaan ini akan mengakibatkan permintaan semakin meningkat disebabkan pembatalan yang dibuat oleh Iran.Demikian yg dinyatakan oleh beberapa sumber.
Seandainya senario ini berterusan,tidak mustahil kenaikan harga minyak ini akan turut melanda negara-negara Asia termasuk negara kita. Sejarah lampau mengajar kita tentang ini.Mungkin kesempatan ini akan diambil oleh pemimpin negara kita setelah berbelanja banyak dengan berbagai pemberiaan kepada rakyat kini.
Patut pun dok bagi RM merata-rata,rupa-rupanya depa dok mengharapkan konflik di Selat Hormuz ni berterusan kot ?.Adakah ia menjadi peluang untuk TEBAS duit Petronas bagi menimbus perbelanjaan sekarang ? Kalau naik pun masih rendah dari harga di negara lain kan..? Jawapan stereotaip...?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda