29 Februari 2012
SINGAPURA - Orang kedua paling kaya di Malaysia, Ananda Krishnan, merancang menjual kepentingannya dalam syarikat operator satelit, Measat Global Bhd, langkah yang diambil beberapa hari selepas beliau mula menjual aset tenaga bernilai AS$3 bilion (RM9.05 bilion).
Akhbar tempatan, The Straits Times melaporkan bahawa aset tenaga dan satelit berkenaan bernilai hampir AS$3.5 bilion, yang menunjukkan Measat mungkin bernilai sekitar AS$500 juta.
Sambil memetik sumber perbankan, akhbar itu melaporkan cakap-cakap mengenai jualan itu bermula pada lewat 2011, dan firma satelit Arab Saudi, Arabsat, mungkin menjadi pemegang strategik atau kepentingan majoriti dalam firma satelit Malaysia itu..
Nah..pecah tembelang dah...dulu dicanangkan oleh para pemimpin negara ia menjadi kebanggan Malaysia. Maka syok tak terhingga para rakyat jelata terutama para penyokong Be End..Mungkinkah akan ada lagi kepentingan negara yang akan dijual..? ooo tidak mengapa,bukan duit kita..Hancussss..PRU 13 ni pakat TEBAS umno(Baru) Be End bagi rebah. Lagi dibiar tegak..lagi banyak le temberang..lagi lingkup le kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda