05 Februari, 2012

Hukuman berat menunggu

  Ingat naa..hangpa ni jangan dok kritik persatuan,nanti kami ambil tindakan..  
 


KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) bakal mengenakan hukuman berat terhadap mana-mana atlet atau jurulatih yang secara terbuka melemparkan kritikan terhadap badan induk tersebut.
Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, sekiranya didapati bersalah, pihaknya bakal mengeluarkan surat amaran keras atau dikenakan hukuman penggantungan ke atas atlet yang terbabit.
Kata Shahidan, keputusan tersebut perlu dilakukan bagi mengelakkan imej KOM tercalar.
"Kami telah mempunyai senarai mereka yang bakal diberi amaran keras dan digantung namun saya tidak akan mengumumkannya sekarang tetapi akan dibawa ke mesyuarat JKK (Jawatankuasa Kerja) bersama MSN (Majlis Sukan Negara) pada 13 Februari ini.
"Kita tidak mahu imej KOM tercalar disebabkan isu tersebut," kata Shahidan ketika sidang media selepas mensyuarat khas KOM di Bukit Jalil kelmarin.
http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm

Lepas ni..ramai le para atlet buat demo pula..macam menentang AUKU...atau akur saja dengan keputusan tu. Kalau menentang atau kritik keputusan tu kena tindakan pula. Hentam sajalah oooii...ada ISA nak gubal baru atau pinda je. Bila pembangkang mengkritik pihak pemerintah..dikatakan nak jatuhkan kerajaan pula.Umno(Baru) serta Be End di Kelantan,Kedah,PP dan Selangor yang jadi pembangkang sekarang..elok le jangan buat dakyah untuk menjatuhkan kerajaan yang ada.
Aku yakin puak umno(Baru) ni tetap akan kata negeri-negeri tu diperintah oleh pembangkang...apa punya bangang pun aku tak tau.
Habis le..sikit-sikit hukuman berat..macam kes jenayah pula.Bila le sukan negara kita nak maju.
Jalan mudahnya...kita tumbangkan umno(baru) dan be end masa pru 13 nanti dulu.Lepas tu kita cari alternatif lain untuk mempertingkatkan tahap sukan negara. Itu pun dikira kerja TEBAS juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda